Something is best to remain secret.


Followers

Sunday, January 31, 2010

First Lab In Fourth Semester


Actually, post nih sptutnya dipublish mlm isnin yg lepas. tp sbb kerajinan memblogging semakin bkurang ditambah lagi dengan sikap malas yg telah terpendam sekian lama. maka, rinie baru lah tergerak hati nk post entry first lab nih. Sperti sem2 lepas, aku nk introduce member2 lab aku sem nih yg dianggotai oleh;

1. Aku, of course lah kan.
2. Aizad Aziz, housemate dan juga roomate ku.
3. Besut, ex-group ngan ehem aku..
4. Cheok, seorg yg sker melakukan sesuatu dengan sukahati.
5. Dayah Khamis, seorg yg sker wat lucu, tp maybe awal2 nih dia agak pemalu gitu.
6. Cik Nadzirah, yg sblom nih aku igt ejaan nama dia, Nadhirah.. hehe~

Konsep wat lab report sem nih, ialah seminggu seorg je yg wat full report, yg lain just htr discussion ngan conclusion masing.. senang sket, xyh dah nk gaduh2 pahtue dah xyh nk pening spe yg perlu htr report. Hopefully, semangat teamwork kitaorg pd sem nih xmenurun.

Saturday, January 30, 2010

Di sebalik tabir pilihanraya UMP.

Sebelum mengundi, segalanya nmpak biasa. Bermandikan janji-janji calon di malam manifesto. Berbalas-balas tembakan si kontroversi. Kebangkitan isu-isu sensitif luar UMP serta bermacam-macam lagi. Semua itu adalah adat ber-politik.

Paling hebat sekali, kontroversi gambar salah seorang calon tersebar mengatakan calon tersebut terlalu 'bersosial' dan tidak layak untuk memimpin. Juga hura2 mengatakan ianya disebarkan oleh kaki2 saham. Ada jugak yang menyatakan ianya berpunca dari salah seorang calon yang lain yang bertujuan ingin menjatuhkan populariti calon berkenaan. Even in UMP, benda kecik pon leh jadi khabar angin, ni kan pula daratan seluas Malaysia. So, ladies and gentleman, don't believe it until you find the clear proof.

Antara kontroversi lain yang turut hangat diperkata oleh segelintir pelajar terutamanya pelajar fakulti mekanikal, iaitu isu seorang calon telah mengkritik Tok Guru Kelantan. Menyebabkan calon tersebut mendapat tentangan hebat daripada pelajar mahupun calon lain. Bagi aku, isu ini adalah sangat sensitif terutama pelajar-pelajar dari kelantan yang lebih mengenali Tok Guru. Cara dan gaya hidupnya amat jauh berbeza seperti mana yg dilaporkan dalam akhbar2 berwarna biru. Akan tetapi, isu2 seperti tidak sepatutnya dibangkitkan kerana ianya jelas tiada kaitan dengan UMP.

TETAPI, mungkin juga calon tersebut terlepas cakap atau sebaliknya. Kita harus mengambil kira penjelasan daripada calon tersebut, mungkin ianya tidak seperti yang kita sangkakan. Untuk piliharaya universiti di masa yang akan datang, isu-isu seperti ini tidak seharusnya dibangkitkan.

Isu yang terakhir, berkenaan dengan salah seorang calon yang dikatakan terlalu obses dengan jawatan/kuasa sehinggakan sanggup menjatuhkan populariti calon lain dengan menyebarkan cerita-cerita palsu, mahupun berlagak seperti seseorang yang bertanggungjawab. Akan tetapi, calon ini gagal meraih undi disebabkan kepercayaannya tergugat dikalangan rakan-rakan mereka. Apapun, cerita nih hanyalah sekadar kontroversi. Sejauh mana kebenarannya, hanya diketahui oleh orang yang mengalaminya. Jadi, anda yang membaca atau mendengar desas desus cerita sebegini, eloklah dikaji sebelum mempercayainya.

Semoga pengajaran piliharanraya kali ini boleh dipelajari oleh mereka yang akan menjadi calon pada pilihanraya akan datang. Tahniah juga buat mereka yang berjaya bergelar ahli MPP. Semoga tanggungjawab dan kuasa yang diberi dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. The great leader, comes from big challenge. Gud luck leaders.

Wednesday, January 27, 2010

PERKASA: Lets Vote For Raja Gopal

Kepada semua bdak2 perkasa x kira lah tahun brapa, here I would like to introduce, a very talented person, Raja Gopal, my lectures classmate. Seseorg yg suka cabaran, rajin melaksanakn tugasan, bijak, pointer pon gempak, klu ader assignment, dia yg siap dulu. So, terbukti yg Raja Gopal sgt layak untuk memegang kerusi Perkasa. So, I'm asking as a friend to vote for Raja Gopal, mengundi lah kita bkn berdasarkan kaum dan agama. Tp, undi lah berdasarkan sikap dan kemampuan seseorg. I believe, Raja Gopal pasti akan menjadi kebajikan agama2 lain.

Sunday, January 24, 2010

Hari Penamaan Calon

Skang dah masuk era peralihan kuasa dari MPP sedia ada kepada bakal MPP yg akan bertanding pada hari khamis ini bersamaan dengan hari mengundi untuk semua pelajar UMP. Akan diadakan bertempat di Kompleks Sukan UMP dengan menggunakan sistem E-voting yang berfungsi secara 'Local Area Network'. So, kemungkinan nak hacking dari bilik tue mmg xboleh lah.

Kul 9.45 pagi tadi, dengan keadaan yg sangat mengantuk, almaklum kol 5 pagi baru tido, aku di jemput ke blok W oleh salah seorg calon yg akan bertanding, merupakan member kenalan dari matrik (Aedlan) meminta mintak aku mjadi jentera dia sempena hari penamaan nih lah. Kat DKU tue, mmg suasana agak hangat. Bunyi meja diketuk oleh hadirin yg hadir, kasi riuh sket..

Paperpon, ade jugak isu yg dibangkitkan, bekas JPK blok aku dulu, dia tya pasal keberkesan sistem E-voting. Nnt time mngundi, kita perlu pilih 7 calon bagi kerusi umum dan 2 kerusi bg setiap fakukti. Isunya, klu seseorg mengundi kurang dari 7, adakah ianya dikira undi rosak?.. Penjelasan, ianya tidak akan berlaku disebabkan sistem tidak akan membenarkan. Pengundi seharusnya memilih 7 calon bg membolehkan pengesahan undian dibuat. So, gentleman, nnt pilihlah 7 + 2 org calon yg anda rasa layak untuk memimpin kita smua. yg pasti, I will vote for you, Raja Gopal. My lecture mates dan jugak calon2 yg aku kenal dan rasa layak, Syafiq dan Fadzrulhisyam, Gud luck buddy.

Sunday, January 17, 2010

Semester 4

Permulaan semester 4 yg agak sederhana. Byk kelas xde, tmbh2 lagi subjek Jepun. Maybe kekurangan lecturer, bab tue lah kena import lecturer luar. Tp Alhamdulillah, lecturer Jepun agak sempoi dan xdelah straight sgt. 2 minggu terawal, kitaorg mengalami masalah dgn pengurusan lab. Mula2 nk wat style mcm zaman matrik, belajar dulu baru ada lab. Tp, maybe susah nk wat jadual, So, berbalik lah kpd asal. Minggu ke-3 baru start lab.


Subjek2 laen so far ok. Mcm kebiasaan, ada lecturer garang, sempoi, steady dan sebgainya. Papepon, xdelah nk kisah sgt. Semakin byk ragam yg kita jumpa, semakin berpengalaman lah diri kita menghadapi hari esok.

Tuesday, January 12, 2010

Baik & Jahat

Klu kita g market ke, atau tmpt2 membeli belah kn, mesti kita akan mencari sesuatu yg berbaloi. klu nk beli nescafe, mesti nk yg 3 in 1, senang nk bacuh kn. klu pergi bercuti ke, mesti kita pilih pakej yg byk function dan murah.. Paperpon, the moment just happened in UMP, last day.adalah sesuatu yg istemewa. Hujan dan panas bersatu. Bukan senang nk tgk, kat Malaysia nih, hujan dan panas pada masa yg sama. Mungkin ini boleh dimaksudkan bahawa tidak mustahil bg org baik dan org jahat untuk bersatu.


Sebenarnya, baik dan jahat ini adalah satu benda yg sama. Tetapi berbeza mengikut ukuran. Contoh, terlalu baik, kurang baik, tidak baik, sangat baik. Sebenarnya ia adalah benda yg sama. Jadi, kalu org ckp anda nih jahat, tak bermakna kita perlu cakap kita nih jahat, ckp jelah kita nih kurang baik. at least ade jugak bunyi baik tue.. kn?

Friday, January 8, 2010

Allah loves us

Kenapa kadang kala kita kecewa dalam sesuatu? Kenapa mereka2 penuh dengan ragam dan perangai? Kenapa ada kalanya kita keliru dalam sesuatu perkara. .. Jawapannya, ini lah petunjuk buat kita selaku pelakon sementara di muka bumi ini.

Jika kita kecewa, Tuhan ingin mengajar kita berusaha.
Jika kita bersedih, Tuhan ingin kita sedar siapa kita.
Jika kita geram, Tuhan ingin mengajar kita bersabar.
Jika kita marah, Tuhan ingin mengajar kita menyesal.
Jika kita takut, Tuhan ingin mengajar kita menjadi berani.
Jika kita gembira, Tuhan ingin mengajar kita bersyukur.
Jika kita berasa bersalah, Tuhan ingin mengajar kita bertaubat.

Ini adalah sedikit perumpaan yg boleh kita ungkapkan secara kasar. Tak bermakna ayat2 di-atas perlu mematuhi huraiannya, tapi mungkin ayat itu boleh dijadikan sebagai pembuka minda pembaca bahawa Tuhan sendiri memberi kita petunjuk dengan disedari atau tidak disedari. Sebagai contoh, jika seseorang menyakitkan hati kita, tak bermakna kita perlu marah atau berdendam. Kita seharusnya bersabar dan jadikan pengajaran di masa hadapan, kerana hari kita semakin mencabar dek hari.

Saturday, January 2, 2010

One year old!


Pada 2 Februari 2010, iaitu hari nih, maka genaplah umur setahun buat blog ku ini, prosperousunderstanding. Sebenarnya, blog ini diilhamkan oleh Trifuel, seekor alien planet Xentrious, aku pon x tahu sangat pe makna Xentrious. nih alien yg ckp. Pada malam 2 Februari tue, tahun lepas lah kn, tiba2 alien menepuk bahu ak dari belakang, lalu menyapa, "hye, lama x jumpa", aku pon iye2 jelah, "A ah, lama xnmpk, dari mana nih? Hensem ko skang." ..

Trifuel : "Aku memang hensem dari dulu lagi, xpenah x hensem"

Aku : " Ko pakai bedak ape? Wangi betul!"

Trifuel : " Nih bedak yg aku beli kat pasar malam depan tue, alang2 datang bumi, mak aku pon ada kirim gak bedak nih"

Aku : " Kat planet ko, org2 ko pkai bedak lagi yek"

Trifuel : "Mesti lah, aset penting nih, xde bedak, xdelah awek.. kat planet aku bukan senang nk cari bedak, tue yg aku selalu datang bumi nih.. ko tahu kat ne nk beli budu?"

Aku : " Budu? Demo pon makan budu? Hebat molek. Aku ader 2 dozen budu lam locker, ambik jelah wat balik planet ko. aku dah order lagi 10 dozen utk stok aku, on the way nak smpai lah tue"

Trifuel : "Nih lah favourite aku, awek aku pon suka nih. Sbb2 org planet aku pandai, sbb makan budu lah. Weh!, nnt wat lah blog, boleh aku tgk2 pkembangan kat planet bumi ko nih."

Begitulah sejarah awal, mcm mne aku leh jumpa ngan Alien yg nyuruh aku wat blog nih. Ak tya gak dia, cam ne leh dtg bumi, dia ckp dia nk sambut tahun baru kat bumi, nk feel tempat org. Paperpon, muka sesape yg masuk blog aku nih, mesti femes kat planet Xentrious, sbb org2 sana smua wat blog nih jadi homepage.