Something is best to remain secret.


Followers

Sunday, February 28, 2010

Ikan Bakar Tanjung Lumpur

Objektif utama kitaorg sebenarnya nk g mkn ikan bakar. Tapi alang2 kuar, kitorg menguruskn badan dengan melakukan aktiviti bermain bowling d megamall sebanyak 3 games.


Seterusnya, aktiviti yg sudah lama dirancang, tepat jam 9 mlm, kitorg akhirnya tiba di Tanjung Lumpur dan memilih gerai yg terbaik utk merasa kehangatan ikan bakar. Aktiviti ini semuanya di-sponsor oleh 2 org ahli bisnes yg berjaya, iaitu Farhan & Nuar. Very2 big thank to them.

Betul-lah istilah sedap tak terkata, time makan tue, semuanya diam sambil menikmati makanan yg sgt lazat itu. Makanan yg kitorg makan semuanya berasaskan sumber yg halal. Khabar angin yg mengatakan bisnes ini hanyalah goyang kaki sebenar sgt tidak benar. Mereka yg hanya reti berkata-kata dan menyebarkan khabar angin sebenarnya rasa cemburu dan busuk hati. Ataupun boleh di-klafisikasi kan sebagai trick untuk memajukan bisnes mereka.


Aktiviti kitaorg tak berakhir di Tanjung Lumpur, sekali lagi Nuar & Farhan menghulur sumbangan untuk kitaorg menonton wayang di East Cost Mall, citer Niyang Rapik yg baru je kuar. Kadang2, best jugak nengok wayang ramai2 dengan member. Sebelum g tgk wayang, kitaorg melalak melepaskan nada2 merdu ibarat sudah habih kertas final exam.


Then, habih je cter Niyang Rapik, tepat jam 3 pagi, kitaorg ke Benteng reramai. Berborak dan melalukan aksi lincah dengan bermain di taman permainan kanak-kanak. Di bawah, gambar John sebelum menaiki kuda-kuda.


Sebelum tamatnya aktiviti overnight, kitorg ke TC dengan niat awal untuk mengadakan breakfast di McD, tp memandangkan masa tak mengizinkan, kitorg just ambik angin dan terus balik ke UMP tercinta. Semoga, Tuhan terus mengurniakan rezeki yg berlipat kali ganda wat Paan & Nuar.

Tuesday, February 23, 2010

Beautiful Song Lyrics

First time baca lirik, ianya membuatkan aku sangat teruja terhadap kasih sayang antara seorg ibu dan anaknya.

Look! Pay attention to your steps
This, is the path you walk
Look! Pay attention to what's ahead
That, is your future
My mum had showered me with lots of affection
"Embrace love, and move on!" She said time and again
Still young and immature back then, I didn't even know its
(meaning / significance)
While I was clueless, she held my hand
And walked with me to come this far
As dreams are always high up in the sky
Beyond reach, it's really scary. Still, I'll continue to pursue my
dreams
It's my own story. For this very reason, I don't want to give up
Whenever I felt uneasy, she held my hand
And walked with me to come this far

I, who had disliked that affection at times,
Can no longer be that pure, innocent girl before my departed
mum

★repeat ●repeat ★repeatX2

Let's face the future
As we walk on, step by step

Thursday, February 18, 2010

Kini Berpagar


Dulu ibarat dunia tanpa sempadan. Kini ia sedang dipagari oleh beberapa pekerja upahan. Kos pembinaan yang berjumlah RM15 K. Dijangka siap beberapa minggu lagi. Semoga keselamatan lebih terjamin dan soal sempadan dapat ditangani.

Wednesday, February 10, 2010

Mid Term Hydraulics.


Test yg seakan-akan final dengan penjumlahan markah final sebanyak 30% telah pon berjaya diharungi sbentar td. Soklan yg agak kaw2 nyer tp berbaloi lah dengan usaha study last2 minit nih. Thank kat Dyana cause bg hint2 masuk ptg td. Tanpa hint tue maybe ak dh study smua topic. Time test tue, sempt lagi nengok gelagat org yg bwk 'toyol' time peksa. Even budak yg dikatakan pndai hydro pon bwk toyol, x mustahil lah pointer diorg tgi2. Tp tadi, Dr Branman cam tahu2 je ad org bwk toyol, melalui kekerapan kedipan mata beliau diiringi dengan pusingan 160 darjah pandangannya, usahlah berani menipu Prof. Madya Dr Ramani Kumar Branman.


Sunday, February 7, 2010

Dikir Barat & Pesta Ponggal

Alhamdulilah, wat kali yg ke 5, berjayanya ak membuat persembahan dikir barat di program pesta panggal yg berlangsung di Kompleks Sukan UMP.

Pada malam nih, aku rasa sgt teruja dengan suasana persembahan ditemani pancaran lampu berwarna warni dan artis/pelakon yg mantap. Tahniah jugak buat UMP kerana berjaya menghiasi Dewan Kompleks sukan yg sgt cantek dan agak grand. Tempat nih jugak akan menjadi tempat yg bersejarah bg aku untuk konvo bler dh hbh belajar kang.




Friday, February 5, 2010

The Best Shirt Design


Keputusan untuk design terbaik bg t-shirt kelas A22 adalah design rekaan Iejam. Saiz nnt akan diambil oleh Meor dan juga harga akan diberitahu selepas jumlah shirt diketahui. Sebarang bantahan, sila berhubung dengan Meor.

Thursday, February 4, 2010

Third Excident In This Semester.

Baru je balik dr kelas Highway tadi, suatu yg x dijangka telah berlaku di depan mata aku sndiri. Time tue ak ngah drive on the way nk g htr member ak kat bus stop. tp entah cam ne aku leh ter-drive ke jalan yg lebih jauh. Masa nk masuk simpang turun bukit tue, tiba2 bunyi cam benda jatuh atas jalan raya.. nengok2, seorg penunggang motosikal ngah berguling2 atas jalan raya.. naseb baek time tue keta ngah bawak slow. maybe keta tue slow sbb ak nk masuk simpang. klu x, xtahu lah kn.



Punca kemalangan ak x bpe tahu, tp dak tue just excident sorg2, maybe nk elak something. Paperpon, kepada yg drive keta mahupon moto, berhati-hati lah semasa memandu, x kira di mana jua, sedangkan UMP yg kecik nih pon leh ader excident, ni kan pula negara Malaysia yg beribu2 kali ganda ngan keluasan UMP.

Buckling Test & Mid Term Test

Test-mengetest mmg xleh lari dr kehidupan seorg engineer. Test beam lah, coloumn lah, structural pe benda. Smuanya kena wat test dan reportnye skali. Tp jam keditnyer sejam je. Dan juga mmg xleh lari dari test bertulis nih yg agak tidak digemari tetapi terpaksa menjawabnye. Paperpon, smua tue adalah cabaran di sepanjang proses menjadi seorg engineer yg berkaliber. x gitue?..


Mgu nih iaitu pd hari isnin yg lepas, my group team telah pon membuat ujian keatas coloum dan truss berkaitan dengan buckling. Smlm plak, smua budak awam UMP baru je hbh test yg pertama utk sem nih iaitu subjek structural analysia yg merupakan adik kpd theory of structure. Bab2 kata mat2 komputer, it's upgrade version..

Tuesday, February 2, 2010

Highway Case Study I Task


Aku bersama 4 ahli group yg lain, Aizad, Afiq, Khong dan wanita di atas, Ying telah ditugaskan utk mengukur jalan dari simpang empat lampu isyarat gambang menghala ke Gambang Town sejauh 1.5km. Dengan menggunakan kepakaran tanpa bantuan alat saintifik, group ak dikehendaki mengambil segala butiran jalan disetiap 100m. Sekali lagi kitaorg terpaksa berjemur panas, kebiasaan bg peng-survey dan engineer highway. Bg aku, task nih agak best, wat kerja outstation tetapi agak merbahaya, walaupun jalan kecik tp keta bapak lajunya.

Monday, February 1, 2010

Annual Grand Meeting of PERKASA.

Baru je beberapa puluh minit yg lepas, ak bersama beberapa org housemate ku telah ke program tahunan perkasa. Program nih merupakan program yg berunsur laporan tahunan dan jugak peralihan kuasa MT Perkasa lame kpd yg baru. Tahniah buat Q selaku pengerusi untuk sesi kali nih. Totally tahun 2 yg conquer jawatan MT Perkasa. Memang adat resam pilihan raya kat UMP kot.


During the program, majlis berjalan dengan agak lancar disertai laporan yg jelas dan jawapan yg berikan oleh Mantan MT adalah tepat. Cuma agak lawak dan lucu dengan soklan2 yg ditujukan terutamanya berkaitan dengan jaket fakulti dan surveying task. Mmg lah time wat survey nih, kita terpaksa dok bawah terik panas. Even kat negara org putih pon, diorg x wat survey time salji turun, diorg tgu gak musim summer.

Mmg gini lah UMP nk latih bakal engineer, boleh rasa semua jenis cuaca. Pasal jaket fakulti plak, org komen pasal mahal. Mmg lah mahal bg sesiapa yg berkira. Klu kita compare ngan jaket2 kat kedai safety, harga mmg sgt berbeza dan jauh lebih mahal. Pihak Perkasa bukan nk sgt mkn duit student. Duit untuk wat jaket pon diorg transfer masuk akaun Perkasa utk kegunaan bersama. So, pah nih, xyah lah tya soklan yg low class tue.