Something is best to remain secret.


Followers

Thursday, December 23, 2010

Blackberry Internet Service - Prepaid

Semakin hari teknologi semakin bertambah maju. Kalau dulu kita sangat mengagungkan Nokia 3310. Tapi sekarang, ramai orang suka telefon yang boleh melayari internet dan menghantar email. Contohnya telefon pintar "smartphones" Blackberry (BB) yang terdiri dari berbagai jenis antaranya Curve, Bold, Torch dll. Bagi mereka yang ingin memiliki BB, mereka perlu melanggan Blackberry Internet Service. Ini yang membezakan antara BB dan telefon pintar lain. Tanpa BIS, ibarat kereta tidak bertayar.




Antara function-function BB

1) SMS/MMS
2) Push Email
Anda boleh menerima email terus ke telefon dan juga menghantar email kepada sesiap sahaja. Malah boleh membuka attachment yang dihantar.

3) Instant Messaging (YM, MSN, Gtalk, AIM, ICQ, Skype, ooVoo, etc)
Anda juga boleh chat dengan rakan-rakan secara langsung tak kira dimana anda berada selagi ada liputan.

4) Social Media (Facebook, Twitter, Foursquare, Myspace etc)
Anda boleh semak facebook, tengok apa rakan-rakan anda post. kalau nak post status ke, gambar, accept friends, add friends dan poke, semua boleh. Kalau anda post dari BB ke facebook, nanti status anda akan menyatakan ianya di post via blackberry bersama simbol blackberry.


5) GPS
Sekiranya anda sesat dihutan, BB boleh dijadikan sebagai alat GPS yang boleh menentukan koordinat anda berada. Samada terdapat liputan atau tidak. Tetapi jikalau anda ternyata sesat, lebih baik hubungi 112 dari telefon bimbit untuk kecemasan.

6) Blackberry maps
Kalau anda pandu kereta tetapi tidak tahu arah, BB maps boleh digunakan sebagai navigation. Cuma kelemahannya, maps yang disediakan versi lama.

7) Kamera 2MP (curve), 3.2MP (bold), 5MP (torch)

8) Calendar
Kalau anda berjanji dengan seseorang, BB boleh mengingatkan anda tentangnya. Malah BB boleh memudahkan anda membuat janjitemu dengan seseorang melalui telefon anda sendiri dengan menghantarnya melalui facebook, email atau im.

9) Alarm
Boleh set lagu sebagai penggera

10) Wifi
Ada wifi, tetapi tidak boleh menggantikan BIS.

11) Blackberry Messenger
Lebih kurang macam YM tapi ianya hanya menghubungkan antara pengguna BB sahaja. Anda boleh menghantar gambar, file, appointment dan sebagainya.

12) Blackberry Application World
Satu lagi keistemewaan BB adalah ianya sangat kaya dengan Aplikasi yang boleh didownload dari telefon anda sendiri. Sekiranya anda terfikir ingin bermain Chess, cubalah cari di BAW, anda pasti menemuinya.

13) Contact
Anda boleh menyimpan sebanyak mana nombor yang anda suka. Bukan sahaja nombor, malah alamat, email, YM, Facebook, tarikh lahir, gambar, ulangtahun, website dan sebagainya.

Hampir kesemua perkara yang anda suka lakukan ada dihujung jari sehaja. Tetapi kesemua perkara diatas tidak akan bermakna sekiranya anda tidak melanggan BIS. BIS ini berfungsi sebagai penghubung antara BB dengan Internet. Anda tidak boleh menggunakan Wifi untuk menggunakan facebook application, ym, email dan sebagainya. Antara BIS yang boleh anda langgan dari pelbagai pilihan operator adalah seperti dibawah.

MAXIS

Maxis antara yang menawarkan harga tertinggi. Sekiranya anda mengambil pakej bulanan, anda masih dikenakan had limit sebanyak 1.5gb. Sekiranya anda terlebih guna, akan dikenakan caj tambahan. Bagi saya, kelebihan maxis adalah coveragenya yang stabil dan terluas di Malaysia.

CELCOM


Celcom adalah operator pertama yang menawarkan servis BIS ini. Celcom tidak mempunyai pakej bulanan atau mingguan seperti Maxis, tetapi sekiranya anda mengambil pakej Blackberry Advance iaitu RM2.50 sehari, ianya tetap lebih murah berbanding Maxis jika didarab dengan 31 hari. Kelemahannya adalah kelajuan internet blackberry celcom adalah 2.5G sahaja iaitu berkelajuan EDGE.

DIGI



Bagi saya, DIGI merupakan operator yang mengabungkan konsep Maxis dan Celcom. Ape yang ditawarkan oleh mereka ada di Digi dan jauh lebih murah. Sekiranya anda mengambil pakej AwesomeBerry, anda perlu membayar RM68 + 10 bersama dengan BIS. Kelemahannya adalah coverage digi yang tidak meluas. Saya percaya pengguna blackberry kebanyakkannya adalah jenis perantau. Kerap berada di luar negeri atas urusan perniagaan dan kadang kalanya sukar untuk mendapat liputan.

Namun terpulang kepada anda, operator apakah yang paling sesuai. Mungkin di kawasan anda, liputan operator A lebih kuat dan stabil. Tidak salah untuk anda melanggannya sesuai dengan bajet dan gaji.