Something is best to remain secret.


Followers

Tuesday, January 18, 2011

Grooming Effect

Masih ingatkah lagi anda akan permainan bezakan gambar? Jadi, sila cari 10 perbezaan yang membezakan kedua-dua belah gambar yang diubahsuai penggunakan software Adobe Photoshop CS5.





Boleh cari 10 perbezaan? Mesti jumpa dua je kan? Tidak mengapa, sambung mencarinya diwaktu lain. Gambar ini telah diambil menggunakan kamera D550 milik Pali vespa Putih, bertujuan membuat gambar passport untuk disertakan dalam resume latihan industri saya. Padahal baru je nak LI, tapi gaya macam bos besar pusat disco.

Sebenarnya, pakaian tidak lah membezakan pangkat seseorang. Kalau anda ingin berpakaian sebegini untuk ke kuliah, adalah tidak salah malah digalakkan. Kecualilah anda seorang tentera, jururawat, bomba dan sebagainya.


Apa yang dipelajari semasa menyertai "Grooming for interview and resume workshop", pakaian kameja yang paling professional adalah berwarna putih dan ber-kot hitam. Nak tahu baju kameja anda tue besar ke tidak, pastikan hanya dua jari sahaja yang boleh masuk antara kolar dan leher. 

Blazer plak, kalau nak pastikan saiz tidak terlalu besar, ianya tak bergerak kalau anda cuba gerakkan ia di bahu anda. Net-tie terpulanglah nak pakai warna apa pun, pink ke, purple ke, oren ke tetapi jangan pakai yang jenis corak batik ataupun jenis corak yang tidak sekata. Kalau yang jenis garis2 tue stylo sikit.



Kalau nak pilih kasut, pilih lah yang jenis keras dan bermuncung tajam sedikit. Jenis lembik-lembik tolak tepi dulu. Yang paling penting, don't ever ever and ever wearing white sock (stoking putih). Pakai lah ikut warna seluar anda. Tali pinggang pula, pakai lah yang tidak bercorak dan berkepala petak. Lebar tue tak payah lah lebih 2 atau 3 jari. Tak kan nak pakai macam orang wrestling tue kan.


Akhir sekali, seluar yang sesuai dipakai, adalah bukan jenis cotton. Beli lah yang jenis licin macam pengawas selalu pakai. Melainkan anda nak tunggang kuda atau lembu liar, dimaafkan. Kalau ada lagi yang boleh dikongsi, harap boleh lah komen dekat post ini, Saya dan kawan-kawan saya pasti berterima kasih di dalam membantu meningkat imej seorang bakal jurutera. :)

2 comments:

EirA said...

makin gemok je aku tengok ko neh..haha

Meor [Prosperous] said...

Tu lah pasal. Mkn, tido je keja.