Something is best to remain secret.


Followers

Wednesday, January 5, 2011

Kolam Renang Wisma Belia, Kuantan

Kalau anda rasa macam hendak berenang atau ingin menyejukkan badan, apa kata anda ke Kolam Renang Wisma Belia yang terletak berhampiran dengan Kolej Shahputra, Kuantan. Kalau dari UMP, hanya mengambil masa 18 minit sahaja. Tetapi bergantung kepada keupayaan enjin dan jenis kenderaan.



Bayaran yang dikenakan adalah RM2.00 sahaja selama 2 jam. Tempat ini memiliki 3 kedalaman, 5 kaki, 7 kaki dan berkaki-kaki. Kalau anda rasa tak tahu berenang atau baru nak belajar berenang, dicadangkan hanya berenang di kaki lima. maksud saya, kolam 5 kaki lah.


Kalau hendak berenang disini, anda tidak boleh pakai kain pelikat, seluar jean, seluar surfing pon tak boleh. hanya seluar renang macam perenang olimpik pakai sahaja. Bagi wanita pula, dibenarkan memakai t-shirt. Tapi jangan lah terlalu besar, tak pasal2 pakai macam tak pakai.



Korang boleh suka-suka nak datang bila masa pun, bersesuaian dengan ruting harian. Bagi wanita, sesi untuk wanita tanpa lelaki disediakan. Kot2 segan.


Jangan lupa pakai goggle sekali, air klorin nih memang memedihkan mata. Dari mata turun ke hati.

4 comments:

fie_na said...

sengal! karang fna ajak g kan. nak ke teman fna berenang kat kaki lima? haha =D

Meor [Prosperous] said...

hehe.. baik berenang atas katil je..

superDollisa said...

hoho..thanks2...mmg info berguna nih..

Meor [Prosperous] said...

hehe.. welcome