Something is best to remain secret.


Followers

Thursday, March 31, 2011

Human vs Durian


Tajuk nak gempak je. macam otomen lawan ngan raksasa je. Padahal powerpuff girl yg kencang penuhi hasrat nak makan durian. Tak tahu pulak sekarang nih musim durian, tengok kat pasar malam tadi berlonggok-longgok banyaknya. Jadi cik eira yang berbaju belang hitam di atas tue tak dapat menahan nafsu nya apabila melihat keenakan dan bau buah durian, maka dibelinya untuk diratapi bersama. Sebab tak boleh nak bawak masuk zon larangan durian kat biliknya, keputusan diambil untuk menikmatinya bersama di kawasan bebas durian berhampiran rumah orang indon yakni belakang KK4.

Keayuan dulu tidak lagi terserlah apabila menikmati durian. Nasib baik durian kecil, kalau besar. OMG.. Apa-apa hal, Thank buat semua yang sudi meluangkan masa bersama. :)

Sunday, March 27, 2011

BB Live : How To Reach Me?

Sambil menunggu abang katang kita nih bersiap untuk berlakon jepun. Hamba nak update blog yang sudah berhabuk nih.

Komunikasi adalah sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan kita. Bagaimana tersebarnya ajaran Islam juga melalui komunikasi. Daripada komunikasi Tuhan kepada malaikat, malaikat kepada Rasul, dan Rasul kepada manusia.

Komunikasi bukan sahaja berbentuk lisan atau percakapan. Tapi boleh diterjemahkan dalam konteks teks dan bahasa isyarat.

Masa kini, alat atau saluran komunikasi yang terpenting adalah telefon. Daripada yg berwayar kepada yang tidak berwayar. Yang bergelombang bulat kepada bergelombang sphera. Bila hendak berhubung dengan seseorang, susun saja nombor di telefon pasti yang jauh terubat rindu.

Bagi saya, sangat lah mudah untuk dicapai. Selain daripada talian dan sms, pelbagai lagi cari lain yang boleh digunakan dan pasti lebih menjimatkan. Antaranya;

Sunday, March 20, 2011

Al-fatihah Sahabat Rapat

Wan Mohd Hassanuddin telah ku kenali sejak 7 tahun, merupakan rakan sekelas di Sekolah Men Tok Janggut. Arwah adalah seorang yang genius dalam semua mata pelajaran sehinggakan arwah mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh. Namun, ikatan sebagai seorang sahabat tidak pernah renggang walaupun berjauhan. Bila ada cuti, kami beramai-ramai pasti akan adakan aktiviti bersama. 
Arwah tidak pula memberi tanda akan pemergiannya. Pemergiannya amatlah memberi kejutan kepada aku dan kawan-kawan. Memang benar lah, ajal datang tanpa mengenal waktu. 

Dua hari yang lepas, aku mendapat panggilan dari seseorang memberitahu bahawa wan mohd hassanuddin telah dimasukkan ke wad ICU.  Hajat di hati ingin pulang ke Kelantan memberi semangat kepadanya, tapi apa kan daya waktu itu dipenuhi dengan projek dan assignment yang perlu dihantar kemudian hari. 

Hari ini, menjelang waktu zohor, aku terima mesej dari kawan memberitahu bahawa arwah telah pun meninggalkan kita. Betapa terkejutnya mengetahui, ibarat dunia berhenti seketika. Tak sangka arwah yang kelihatan sihat sebelumnya telah pun pergi. Namun, aku tahu, arwah lebih disayangi oleh-Nya. Sedekah kanal-fatihah buat arwah, semoga ditempatkan bersama orang yang beriman. amin.



Tuesday, March 8, 2011

[UPDATE] Jom Main Twitter Skali!


Facebook ngan Twitter nih guna konsep yang sama je. Tapi apa yang aku paling suka bila guna twitter nih, boleh baca update paling terkini artis-artis atau tokoh negara yang korang minat. Sebagai contoh, aku sertakan page twitter Lisa Surihani, sape lah yang tak kenal Lisa Surihani tue kan. hehe. Lagi satu, twitter nih just utk baca status dan update status je. Tak ada game mcm facebook. Lagi satu nih, twitter tak guna konsep  Add or Accept friends, kalau korang minat nk baca tweet si Sameon, korang just click button following. Secara automoticnya korang dah jadi followers dan akan terima status tweet ke homepage korang. Simple je kan. Tapi kalau nak buat privacy tweeter utk org tertentu pon boleh jugak.

Macam mana nak main twitter nih?


Monday, March 7, 2011

Tipu Balik Scammers.

Kali ini aku ingin berkongsi dengan saudara sekalian satu pengalaman dan peringatan buat golongan yang aktif di dunia siber ini dan yang selalu mendedahkan email. Baru-baru ini aku ada meletak satu iklan di laman iklan percuma, Mudah.my. Beberapa hari kemudian, akku pun terimalah satu email daripada seorang lelaki yang menyatakan minat untuk membelinya. Dengan perasaan yang gembira sebab ada juga respon dari orang luar, maka berlaku lah beberapa dialog dalam bentuk teks.

Email pertama: From James Ashbolt