Something is best to remain secret.


Followers

Wednesday, April 27, 2011

Borak Kencang Beach Party

Last week, kami selaku kelab paling aktif di UMP yg dikenali sebagai Borak Kencang telah mengadakan beach party di cherating, Pahang. Sempena meraihkan beberapa anugerah kerana kelab ini berjaya mengadakan aktiviti terbanyak di UMP. boleh dikatakan setiap hari. Memang kena lah dengan nama yang diberikan oleh  Presiden kelab abang Paan aka Bapak Kencang. Yang sedang melakukan sesuatu di dalam gambar pertama nih.



Aktiviti kami bermula jam 10 pagi, iaitu bertolak dari UMP ke rumah Ain Yusof bagi mengambil beberapa bekalan untuk ratapan anak-anak kencang. Credit tu mama Ain for nice and delicious cooking. Kemudian perjalanan yang disertai oleh 3 buah kereta yang berkepala WSL menuju ke Cherating melalui jalan alternatif. Masa ketibaan lebih kurang jam 12 tengah hari. Setiba nya kami disana, perkara pertama yang dilakukan adalah memasang khemah dan menyediakan tempat untuk berehat sambil makan. Oh! tidak lupa jugak kepada anak perempuan mama yang jugak berusaha membuat sarapan pagi dan bahan penyelera untuk BBQ. Tak sangka walaupun umur masih muda tapi masakan, fuh la mak.


Aktiviti seterusnya bermula selepas waktu zohor iaitu Futsal berkumpulan. Asalnya nak buat Futsal bercouple tapi tengok padang bola sepak tu terlalu besar, jadi kami combine jelah seadilnya. Sepatutnya group kitorg  yang patut menang, tapi sebab nak bagi chance kat mereka yang tak pernah menang untuk merasai nikmat tersebut. Ehyeke? haha.

Seterusnya, aktiviti yang paling aku suka iaitu mandi pantai gaya bebas. Maklumlah dah lama tak ke pantai walaupun tinggal di pantai timur mengalahkan orang yang tiada pantai. sewaktu kitorg smua berendam dalam air yang paras lutut tue, bermulalah aktiviti "truth and the only truth".. sape yang kena soal tue kena jawab sejujurnya. Contoh soalan yang ditanya

1. Pernah tipu kekasih?
2. Kalau single, nak pilih siapa dalam kelas kita?
3. Sapa yang paling dibenci?
4. dan mcm-mcm lagi lah..

Next event, membuat layang-layang yang paling tak berjaya. layang2 siapa yang tak naik, maknanya layang2 dia lah yang paling bagus. Masa nak naikkan layang-layang tue perlulah berlari biar terjatuh dan buat orang sekeliling gelak dengan aksi kita. Barulah boleh dikatakan pemenang. So, ternyata lah aku yang menang. :D

Sambil tengok layang-layang orang bendang terbang di langit, kami cuba membina embankment setinggi 30 cm berparameter, c=10, gamma= 25.6, dan tita = 30 degree. Hasilnya adalah seperti gambar pertama. Mungkin settlement sebanyak 90% memakan masa selama 300 years. atau boleh jugak convert dalam minit.*silap plot graph Cv kot smpai dapat 300 tahun tue*

Sebab masing2 dah bercelupkan pasir, lebih kurang mcm donut big apple.. maka sekali lagi kami berenang gaya bebas tanpa segan dan silu.



Aktiviti malamnya selepas maghrib, bermula lah aktiviti utama kitorang iaitu membakar ayam. bukan ayam yang difahami oleh Peter Meredan atau Afeight Slamber. Sebanyak 4 ekor ayam dikorbankan bagi memberi tenaga untuk berkencang pada malam itu mahupun selepas itu. Kerena selepas itu, kami semua beriang gembira menyanyi lagu bersama. sampai ade yang termuntah. :P.

Lastly,sebagai penutup ringkasan aktiviti yang sangat kencang ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepad Wan Anwar Faiz di atas murah hatinya meng-sponsor aktiviti Borak Kencang ini. Semoga Tuhan memurahkan lagi rezekimu di masa yang akan datang.

4 comments:

DiyanaMukhtar said...

amboi bestnyaaa.. haha :p

Unknown said...

kencang kan.. haha

EirA said...

adehhh..nk muntah ak baca entri neh..haha

Unknown said...

haha.. jgn mara haaa