Something is best to remain secret.


Followers

Friday, June 17, 2011

Day 24 - Internship

Entry lepas gua dah cter psl kerja konkrit kan. kali nih gua rasa nk cter proses memasang precast plak. bagi korang-korang yg bkn dalam bidang structural engineering nih. Precast tue bermaksud, bahan binaan yang dibuat dan diproses di kilang berdasarkan ukuran dan kekuatan yang diperlukan dalam sesuatu projek. Biasanya kontraktor perlu menempah sebulan lebih awal. Dan harga precast nih of course lah sangat mahal. Istilah mahal dlm engineering nih adalah dalam gandaan puluhan ribu. bukan mcm gandaan minyak petrol yg 20sen, seposen tue k. 


Wednesday, June 15, 2011

Day 23 - Internship

Sedar tak sedar dah 23 hari (hari berkerja) aku di site dan berpraktikal sebagai seorang bakal jurutera. Walaupun blom lagi genap sebulan namun sudah rasa pelbagai cabaran dan masalah. Tapi masalah yang tertentu tak perlu lah kita cerita disini. Kali ini aku nk kongsi pengamatan aku di site terhadap kerja meng-kontrit slab untuk level 1. 

Entry ini bukan berniat berlagak tapi aku rasa tidak lengkap kalau tak dikongsi kepada mereka yang belum tengok proses ini. Kalau yang berhati busuk tue, ape kan daya kan.