Something is best to remain secret.


Followers

Monday, October 31, 2011

11 Facts About Me

Tagged yang kedua pula datang dari coursemate, Nia Oii. Antara syarat yang dikenakan ialah;

1) Mesti menyatakan 11 perkara tentang diri sendiri
2) Menjawab 11 soalan dari Nia Oii
3) Mencipta 11 soalan dari diri sendiri dan tagged kawan. 

Sebenarnya banyak lagi fakta yang berkaitan dengan diri sendiri. Kalau nak tulis ke dalam buku, mesti dah sampai 10 bahagian. Apa pun, teruskan menjawab soalan beliau.

Antara 11 fakta baik dan buruk yang aku rasa berkait dengan diri aku sendiri ialah

My 3 Jobs If I Don't Care About Salary

Hari nih serentak dapat tagged setelah bertahun tak dapat. Tagged yang pertama adalah dari My Bestiest, Cik Eiradiana anak kepada Salehuddin berkaitan dengan 




"List three jobs you'd consider pursuing if money didn't matter"


Bila baca tajuk nih, mmg betul lah kebanyakan orang akan fikir pasal duit kalau nak cari kerja. Itu lah tujuan utama kan. Tanpa duit, macam mana lah nak tanggung anak orang, bayar rumah, beli keta dan sebagainya. Jadi kalau lah duit bukan masalah, tentunya aku akan memilih pekerjaan yang berdasarkan minat. antaranya.



Thursday, October 27, 2011

Kemegahan Lelaki

Kalau wanita ada keinginan yang menakjubkan terhadap gelang/rantai/cincin emas, lelaki juga ada minatnya tersendiri. Bila ia sesuatu yang dipanggil canggih/terkini/flexible/informative dan sebagainya, pasti lelaki itu akan tertarik tetapi bergantung dari segi kewangan. Sejak berkurun lamanya, memang tak dinafikan lagi lelaki sangat berminat untuk memiliki jam tangan yang eksekutif. Ada yang sanggup membeli dengan harga yang mahal dan ada juga yang membeli dengan harga yang murah (tiruan) asalkan objektif tercapai.

Dan aku sesungguhnya bergelar lelaki yang kini sudah pun berada dalam likungan 20an dimana nafsu terhadap gajet atau kemegahan lelaki ini paling mencabar, sudah menunjukkan tanda perlibatan kearah itu.

Hampir 8 tahun menggunakan jam tangan Casio WR Dual Time yang berharga RM50 dibeli semasa tingkatan empat dan masih lagi digunakan sehingga sekarang. Kini ianya mungkin akan diluputkan jasanya dan akan bertukar khidmat dengan model Casio yang lebih canggih dan infomative. 

Tuesday, October 18, 2011

Megasteel Field Trip

Rabu lepas, Persatuan Kejuruteraan Awam & Sumber Alam, UMP atau ringkasannya PERKASA *xde kaitan dengan parti dacing* telah mengajurkan siri lawatan sambil belajar ke kilang memproses besi terbesar di Asia dan ianya terletak di Banting, Selangor.

Perjalanan bermula jam 6.30 pagi dan dimulakan dengan bacaan doa serta pesanan ringkas dari wakil Presiden PERKASA.


Disebabkan lawatan ini diadakan pada hari rabu, maka tiada huraian panjang. enjoy the picture.

Saturday, October 8, 2011

Detik-detik Aku Dan Tun Mahathir


Pada 15 september 2011 yang lalu merupakan hari yang bersejarah buat UMP mahupun diriku sendiri dimana buat pertama kalinya dalam sejarah hidupku untuk bertemu pemimpin terhebat Malaysia, Tun Dr Mahathir. Beliau tiba di UMP bagi memberi syarahan umum berkaitan dengan Cabaran Kepimpinan Masa Hadapan.

"Jika pemimpin itu hanya memiliki ilmu yang sama dengan pimpinannya, maka orang itu tidak layak untuk jadi pemimpin." - Tun Dr Mahathir


Aku meminati beliau bukan bermakna aku menyokong parti beliau. Hanya kagum dengan keberkesanan perlaksanaan pimpinannya yang berjaya membawa Malaysia melangkah jauh kehadapan.



Detik ke 4


Detik ke 3


Detik ke 2

  

Akhirnya, detik dimana aku bersalaman dengan Tun Mahathir. Credit picture to UMP Pahang facebook fan page.

 

Kini, tanganku sudah pun mengengam tangan yang bersejarah.


Do like....

Tuesday, October 4, 2011

Review : How to communicate with anyone

Alhamdulillah, aku dah masuk bab 4 baca buku ini walaupun sibuk dengan assignment mahupun presentation. tapi kali nih aku nak review tentang bab 2 dan 3 yang agak berkaitan. Ianya memperihalkan tentang "Sosial and Professional Networking Events".

Straight to the point, biasanya event macam nih adalah tempat bertemunya ahli-ahli perniagaan bertujuan kenal-mengenali justera mencari rakan perniagaan yang baru. Jadi ianya penting untuk berkomunikasi dengan baik supaya orang yang ditegur percaya dengan kebolehan kita untuk melakukan perniagaan bersama. 

first guideline yang diutarakan ialah mengenai pakaian.

Saturday, October 1, 2011

Umie Aida & Twitter

Semalam tgh kencang main twit-twit, entah sape lah yang aku mention, reply, retweet dan sebagainya. then masa tgh baca timeline tue, tengok twit dari umie aida dia ckp nk lawan badminton dengan sheila rusly. then aku pon dengan selamba nya reply, "Nak join".. tapi lepas tue senyap je umie aida tak balas pon..