Something is best to remain secret.


Followers

Sunday, January 29, 2012

Family Reunion Matter

Sekitar minggu pertengahan bulan disember 2011, keluarga Musa belah mak aku telah mengadakan satu reunion yg hampir mengumpulkan keseluruhan keluarga. Yang tidak dapat hadir hanyalah disebabkan kekangan kerja.

Destinasi pertama kami adalah ke Tanjung Jara Resort, Dungun, Terengganu dimana tempat sepupu aku bekerja. Kira boleh dapat harga staff, tak lah bayar mahal sangat. Kalau ikutkan, harga biasa mungkin mencecah angka 1k. 

Gambar di bawah menunjukkan langskap disekitar TJR;







Keesokkan harinya, kami bertolak pula ke Melaka untuk bercuti selama 3 hari  dan menetap di A Famosa Resort. Hari pertama kami tiba pada waktu petang dan kesemua ahli keluarga nampaknya lemah dan lemau dek jarak yang jauh. Jadi kami melakukan aktiviti biasa seperti berkongsi cerita, pengalaman dan sebagainya


Hari kedua, kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk melawat bandar bersejarah Melaka dan bagi aku ianya dapat mengimbau kembali detik sejarah aku di melaka ketika menuntut di kolej matrikulasi.

Hari ketiga, kami ke A Famosa Themepark dan saya pasti korang tahu kitaorang buat apa. 






Keesokkan harinya, kami ke Shah Alam, Selangor untuk menziarahi rumah Pak Zakhiri dan seterusnya saya bertolak pulang ke UMP tercinta. 


2 comments:

sitinuraffizza said...

xle tggl baju barca dy! huhh!! :P

Unknown said...

mesti lah.. buwekk