Something is best to remain secret.


Followers

Thursday, August 16, 2012

Sejenak bersama siapa?

Salam ramadhan, salam sejahtera serta salam satu Malaysia. 

Semperna bulan ramadhan yang mulia ini, mari lah kita sama2 tingkatkan kehenseman perut kita dan dan mempercepatkan pencarian awek-awek yang lawa. maaf, tertaip awek-awek (lebih dari satu). Selain itu, kalau dulu kita bodoh banyak, biar sekarang kita bodoh sikit dan esok-esok kita adalah pandai sikit. bak kata kucing aku, sikit-sikit, lama-lama jadilah bukit. sebab tulah perut pon dah berbukit.

Tapi alhamdulillah, mesin penimbang berat kilang mak aku telah menyakinkan aku bahawa berat aku kurang 5-10kg bulan puasa nih. dan alhamdulillah, kata mak aku penimbang tue mmg ralat +10 kg.. nampak permainan dia?

Tak lupa juga, kalau dulu matahari bangun dulu, sekarang aku yang menang dulu. tapi bulan lain mungkin macam biasa. ermm

Utk persiapan bulan syawal, macam biasa. macam korang jugak. tiada aksi pelik dilakukan kecuali makan banyak-banyak. satu lagi hal pelik, mungkin tak ada dah duit raya. sibuk je duit pon nk beraya.

Akhir kata, undilah saya di pilihanraya akan datang. saya berjanji akan menghadiahkan water cooler di setiap rumah-rumah yang mempunyai penghuni melebihi 40 orang. dan membina lebuhraya baru menghubungkan kampung-kampung seluruh pasir puteh dan saya akan katakan buat semua rakyat Malaysia, janji telah ditetapi. yeh?