Something is best to remain secret.


Followers

Tuesday, January 22, 2013

Sangkaan Engineer

Salam sejahtera buat pembaca yg setia (ada ke?)

Semua orang ingat jadi Engineer nampak gempak boleh pakai kereta mahal, rumah besar, poket tebal, bini lawa dan yang paling mengarut sekali kerja senang.

Sebenarnya kita telah ditipu oleh minda kita sendiri bermula dari kita mengenal perkataan engineer sehinggalah menjadi seorang Engineer. Mesti ada yang pernah kagum bila tengok gambar orang bekerja pakai safety helmet putih pegang pelan sambil tunjuk arah bangunan. Sebelah dia plak ada awek perempuan pun pakai safety helmet juga. Ini lah dikatakan permainan minda. 

Ibarat kita tengok dasar air dari luar permukaan nampak mcm cetek, indah dan bersih. Bila dah terjun, tak tahu berenang, dasarnya pula penuh dengan daun2 kering serta air yg sangat keruh. Mati!

Mengapa?


Bila kita dah bergelar Engineer nanti, ini lah keadaan biasa kita perlu hadapi terutamanya di Malaysia. 

1.  Gaji - Sape kata gaji Engineer boleh beli rumah besar, kereta mahal dan sebagainya? Kalau korang nak tahu, gaji crane operator, supervisor, technician mat indon, sek bangla sebenarnya boleh mencecah lebih dari gaji seorang Engineer. Reasonnya diorg nih dikira sebagai Non-Executive Employer. Jadi bila diorg kerja lebih masa, diorg akan dibayar lebih dari gaji asas. Tapi Engineer? kerja lah sampai pukul 12 malam pun, gaji tetap sama. 

2. Kerja - Orang kata Engineer kerja rilek boleh goyang kaki atas kerusi depan komputer. Sambil-sambil tu boleh layan facebook dengan twitter. Betul! Tapi great position comes with great responsibility. Walaupun kita kerja rilek, buat slow2, kadang lambat, kadang on time. Tapi, bila datangnya masalah berkaitan dengan tanggungjawab, mati atau hidup kita yg kena settlekan. strength konkrit rendah, tiang pecah, retak, pekerja tak cukup, dokumen2, deal dengan klien, selesaikan benda2 remeh tapi cerewet, dan sebagainyalah. Tapi pekerja lain, hari tu punya tanggungjawab, hari tulah boleh cuci tangan. biar pun penat fizikal, esok2 tak payah pening kepala. 

3. Kereta - orang kata Engineer untung boleh pakai kereta syarikat. tak payah pikir nak beli kereta dah. Kalau korang dah lama kerja construction, nanti korang tahu lah pakai kereta syarikat lah paling cerewet. sebab, kalau syarikat yang tak provide fuel card, kita kena keluarkan dulu duit kita pasti claim. kalau hari nih claim esok dapat tak pe lah jugak, kalau sebulan dua baru dapat. dengan gaji ciput mmg short lah bajet bulanan nanti. 

Yang paling tak best bila pakai kereta company, secara tak langsung korang akan jadi pemandu budak2 bangla mahupun indon, dari rumah diorg ke tempat kerja. bila time balik pun sama jugak. jadi korang kena bangun awal, dan balik lambat lebih dari waktu kerja dan xde OT. gitu lah citernyaa. 

4. Rumah - Orang kata engineer boleh beli rumah besar. Betul, tapi dekat Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis tu boleh lah kot. Tapi kita kena tahu, tempat mana biasanya Engineer2 nih kerja? Mesti lah di kawasan rancak membangun yang mana harga tanahnya mendadak naik. Kalau harga tanah lagi mahal dari kos buat rumah. Rumah teres jelah jawabnya. 

5 Pengantaraan - Apa yang saya maksudkan di sini, bila kita dah jadi Engineer nanti kita akan ada pekerja yg perlu kita pantau secara harian. Secara tak langsung kita banyak berhubung dengan bos mengenai masalah yang berlaku di dalam tapak bina mahupun di luar. Kalau pekerja bawah kita buat hal, kita orang pertama yang akan menerima hujahnya. Kalau kita ada PR yg bagus, then kita lepaskan dengan pekerja kita pula. Tapi kalau diorg dah macam kawan makan sekali, agak sukar la bagi saya. 

Satu lagi yg perlu saya ingatkan, pekerja bawahan Engineer susah nak kongsi apa2 cerita dengan kita tambahan lagi kalau diorang nak mengeluh. Sebab diorg takut Engineer nih baik dengan bos, bos pon akan tahu. Sebelah sana plak, bos tak nak bagi tahu Engineer takut Engineer plak buat cerita dekat pekerja. So, Kadang kita rasa tersempit disitu. Macam mana nk handle? buat2 tak tahu jelah.

6 Kesimpulan - Kalau korang nak kerja rilek tapi gaji boleh beli apa yang korang nak, buat atau bukak lah bisnes sendiri. 

-Korang yang paling pening, tapi hasilnya korang yang paling banyak dapat. 
-Tak perlu belajar diploma 3 tahun, ijazah 3 tahun. just pergi kursus usahawan sebulan je cukup
-Boleh cuti anytime. 
-Orang bawah pun hormat korang. 
-Tak perlu pindah randah ikut company buat project. 
-Tak payah tunggu gaji
-Tak perlu berpura2 rajin.

Walaubagaimanapun, ikhlaskan diri, tabahkan hati, cekalkan semangat. Dari 1 hingga 6 tiada masalah bagimu. Sungguh. Sekian dari Engineer kepada bakal Engineer. 

2 comments:

EirA said...

ooo.kantoi eyy!selama neh ko berangan engineer camgitu!plus ada awex pon engineer jugak yer..hehe

Unknown said...

haha.. cm tu la wey.. tp awek tu btol lah ade.. hahaha