Something is best to remain secret.


Followers

Wednesday, July 28, 2010

Misi Meminang Puteri Bukit Sulai.

Bagai cerita kesultanan zaman melaka, raja nk meminang puteri gunung ledang. tp cerita ini lebih kurg sama, cuma bezanya perjalanan kitaorg menaiki basikal, jalan ber-tar serta tidak membawa ape2 dulang. dan tiada pula yg bergelar hang-meor, hang-nuar, hang-anep atau hang-aizad. tp, mungkin ade kot, hang-jebat..


Raja kitorg nih, sultan nuar nih sangat ter-jatuh cinta dgn puteri bukit sulai nih. dah 5 hari berturut2 dpt mimpi puteri suruh dtg meminang, akhirnye beberapa hari yg lepas, seangkatan tentera darat memulakan perjalanan dengan menaiki beberapa bukit yg sgt tinggi dan curam. Dan akhirnya, kitorg hampir berjaya dan hanya bertemu dengan pembantu puteri tersebut. Dan makluman korang, puteri yg dimaksudkan adalah pemancar arial gmbr di bawah ini..


Perjalanan kitorg tidak berjaya sampai kemuncaknya, kerana masa tidak mengizinkan. berharap suatu hari nanti akan ketemu si puteri tersebut.


Lihatlah lokasi antara pembantu puteri dan puteri bukit sulai bersama bondanyer. Sesiapanya yg ingin menyertai misi ini, dipersilakan dan maklumkan kepada raja anuar kita ini. daulat tuanku..



Thursday, July 22, 2010

Bowling Perkasa

Nih lah kali kedua, I'm and the rumah gang join fakulti punyer event. Best sbb first time rasa suasana btanding bowling. Ternyata suasana x sma dgn bermain biasa. Kitorg lwn 2 frame and salah satu group kitaorg jemput pemain import ump. mmg kaw nyer lah dia main, smpai boleh anugerah markah tertinggi. x sangka seorg pemandu bas ump sgt terrer main bowling. Jgn sangka pakcik2 bas korg ulak alik pekan tue x terrer main sukan. Kitorg dh tgk keajaiban tersebut.


Cam ne pon, team2 kitaorg just dpt saguhati dan yg penting dpt sijil lah kan. Yelah, main bowling selalu x semestinyer boleh menang. Bak kata org tua, kalah menang tue adat permainan. Anyway, Thank Perkasa for this superb event. Quick and enjoyable.

Wednesday, July 14, 2010

External Baru tp Free

Sungguh bertuah asenyer diri ini. bkn nk berlagak tp kegembiraan ini x bermakna klu tidak dikongsi ngan org len. Dulu ak penah beli external hard disk jenama Imation jenis Apollo tp hanya bersaiz 250Gb. Tp pah guna hampir setahun, external ak wat hal. corrupted. perkara yg plg dibenci oleh pemilik2 external. So sblom cuti hari tue, ak suh lah member ak htr kedai nk repair sbb warranty still ade, selama 3 tahun lak tue. berjanggut lah katakan.


Bler bkk sem baru, ak pon g lah kedai tue igt nk ambk external lme yg sudah dibaiki, tp sgt mengejutkan external yg dia bg kat ak still dibungkus plastik dan bersaiz 320Gb. mmg xsangka, dh lah external baru, saiz lagi besar lak tue. thank you Imation, klu rosak lagi, tetap ak beli brand nih lagi punyer....



Monday, July 12, 2010

Another Tagged.

Nih die tagged yg diberikan oleh Eira, ade award actually, tp xpelah klu x upload ek..

1) Anda mesti memberi pujian pada pemberi AWARD ni
Eira baik, Eira rajin, Eira pandai, Eira Cool, Eira Hot, Eira ape lagi.. haha.. nk puji sgt..

2) Sila beri AWARD kpd 10 blOgger yg len
xpyh lah nk sibuk2kn diorg, bg diorg masa study, nih asyik maen internet je.. bler lagi nk dpt dekan rmai2 kn..

3) Anda mesti memberitahu kpd 10 blOgger ni
nih soklan ke????

4) Bagaimana anda bOleh digelar blOg yg besh n great
sbb ade tagged nih kot.. haha

Wednesday, July 7, 2010

Jadual Sem 5

Benda yg lme kita x buat, lme2 cam sonok plak klu kita kembali melakukannyer. contohnyer aktiviti membelogging sesuatu. sbb tue lah kita xdigalakkn melakukan sesuatu dgn kerap sbb nt kita akan bosan kecuali benda2 yg wajib.. jgn plak korang jadikan alasan ini untuk tidak mandi. Kali nih hamba nk story pasal jadual dan subjek2 yg hamba ambk sem nih.


1. Expository Writing

subjek nih adalah subjek pilihan, lebih krg subjek bahasa inggeris, cuma ianya lebih ke arah bidang penulisan. biarpun ak nih xde lah terrer bab wat ayat2 BI, tp kira ok laa daripada subjek speaking yg konpem2nyer hancus klu ak speaking. tp bg Michael jackson atau barrack obama MUNGKIN xde masalah kot.

2. Hydrology & Water Resources.

Subjek yg bercirikan air, benda yg kita dok minum hari2 sbnrnyer lebih rumit berbanding elemen2 laen spt angin atau tanah. Air boleh membinasakan spt Tsunami, boleh menyembuhkn spt air Zam-zam dan boleh melegakan spt membuangnyer dr 'saluran' badan anda. Yg pasti, harga air berbeza mengikut jenama minuman yg anda beli, pepsi lebih mahal jika dibandingkn dengan air Cola-cola cap ayam. atau air coca-cola yg hampir dgn tempoh expired jauh lbh murh dengan air coca cola yg baru diproses. ini fakta!

3. Law of Contract & Estimation.

subjek nih ak x bper sure sbnrnyer, adakah pasal undang2 jenayah atau undang2 bola sepak? mungkin ianye berkaitan dengan kontrak pemain2 mahal spt Christiano Ronaldo yg tpaksa pulang awal sbb team mereka kalah dengan Sepanyol. ataupun senasib dengan Argentina yg pulang bersama telor ayam mereka disedekahkan oleh pasukan Jerman. ape2pon andaian sy, En Zahrizan kesayangan pelajar tahun 1 dulu bakal memperjelaskan segalanya. Gembira dpt lecturer sporting..

4. Reinforced Concrete Design 'versi' I.

yg nih kita akan belajar pasal nk kira kekuatan concrete yg akan kita bina, berapa saiz besi, tebal concrete, bancuhan concrete yg x sama dengan bancuhan kopi, panjang ke pendek ke, itu smua kita akn pahami nt.

5. Statistic.

ini mungkin salah satu subjek yg sng nk skor utk tingkatkan pointer. mungkin ini lah subjek penyelamat sem nih. doa2 lah ayat ini benar sekali. Semoga kekecewaan dulu diceriakan dengan kejayaan hari esok.

Itulah dia subjek2 yg diambil sem nih, nmpk mcm sikit kn? x termasuk lagi soft skill dimana pelajar agak terpaksa ke Masjid semata2 mendapatkan tanda tgn. ini bkn maen2, ini btol2.. dan total creadit sem nih adalah sebyk 13 jam, kredit slebihnyer dgr citer nk simpan utk LI hujung tahun 3 nt. dan korang perasan x jadual dak2 section A32 tue byk start kol 8. untuk pengetahuan adik2 di luar sana, waktu ini sangat gentir bg abg2 adik utk bgn dan ke kelas, lebih membanggakn, org len bersedia nk ke kelas, tp org tue bersedia utk tido. :D

Tuesday, June 29, 2010

Reunion Teknik Besut 2010

Nih lah first time skoloh teknik aku buat reunion, hampir 4 tahun berpisah, akhirnya berjaya menyatukan kembali nostalgia lama. Banyak kenangan manis dan pahit aku di sekolah neh. skolah yg membuatkan aku lebih matang dr seblom nyer. kalu korang tgk aku skang x bpe matang, kita ok lah dari zaman2 sblom PMR..

Yang datang ke majlis xde lam smpai 100 org, just anggaran lam 20 org gitue kot. biasalah, reunion2 skolah neh susah nk dpt sambutan menyeluruh, kira ok lah ade jugak yg sanggup dtg termasuk aku. Memang majlis nih byk kekurangan dari kelebihan tp makna dan memori yg diimbas kembali menutup segala kekurangan ini.

Klu nak story2 satu persatu memori lama, memang berjam2 lah ak kena menaip. Aku bersyukur sangat berpindah ke skolah teknik walaupun pemerintahan di sana lebih kurang ditaktor zaman perang Iraq, namun ianya tetap sebuah kehidupan yg penuh pengajaran. Betul lah kata Nabi, hijrah merupakan satu yg sangat berfaedah.


Di sekolah teknik nih memang aku sangat aktif, byk pikul pangkat, mungkin agak gila kuasa. antaranya, Pengawas berbaju biru, berpangkat Biro Dewan Besar. Klu bab2 nk perhimpuan tue, aku lah kena arrange spe baca doa atau spe2 yg nk jadi MC. then aku jugak memegang jawatan Ketua Pengakap, salah satu kelab beruniform yg paling x aktif di skolah itu. Hanya aktif pada hari rabu, hari memakai baju uniform.

Seblom ak jadi pengawas, aku jugak dipilih utk memegang jawatan AJK asrama, sebagai AJK Sukan. walaupun ak nih x aktif maen sukan. ptg2 mengisi masa lapang dengan aktiviti tido atau membuat rondaan konon2nyer sebagai Pak Guard. Dan last skali, time form 5, salah satu jawatan yg ak sgt syg ialah sebagai Ketua Sidang Redaksi, iaitu salah satu kelab yg handle majalah skolah. Xde lah smpai tahap design2 tue, just key-in nama2 pelajar serta karya2 yg pelajar submit. Memang best jawatan neh, slalu buat jamuan kat ahli2nyer dan cikgu pon sporting xde lah smpai nk push2 student.

Namun skang, di tahap universiti, aku sangat lah tidak aktif, just join aktiviti2 bawahan. jadi anak buat org. sebagai alasan nk stay kat hostel dan nk jugak simpan sijil universiti nt senang nk nunjuk2 kan..