Sebenarnya rumah kami O43 telah berkabung buat beberapa hari selepas mengetahui bola futsal kesayangan milik bersama hilang entah kemana. Waktu dan masa yang disyaki mungkin dalam lingkungan cuti semester. Serta suspeknya adalah kontraktor-kontraktor upahan UMP tersayang yang masuk keluar di dalam rumah kita ketika ketiadaan penghuninya.




