Something is best to remain secret.


Followers

Wednesday, March 28, 2012

Advanced Twitter

Saya rasa ramai dah tahu cam ne nk main twitter nih. Retweet, reply, direct messages, trending hashtag, spam timeline orang dan sebagainya. Cuma mungkin ada special button yang korang mungkin tidak tahu, bagi mereka yg baru hendak berjinak dengan twitter nih. 

buat mereka yang mmg dasar pemalas, malas nk tekan tu tekan ini. Jangan risau sebab abang twitter kita nih telah memperkenalkan shortcut keyboard seperti gambar di bawah ini. cumanya korang kena rajin sket untuk hafal kod2 nya. kalau malas jugak hafal Alt + F4 pon dh ok.. 


Thursday, March 22, 2012

PERKASA Annual Dinner 2012

Lepas 2 tahun berturut-turut jadi AJK dinner, yang mana time dinner je kena pegang walkie talkie, pegang kamera, buat tue dan buat nih, sampaikan nk makan pon tak sempat. Jadi kali ini aku nak rasa macam mana sebenarnya menjadi seseorang tetamu yang dapat makan mewah walaupun xdelah mewah sangat, borok sesama sendiri sambil tengok persembahan, berpakaian segak, capture gambar sama2 dan sebagainya lah.


Wednesday, March 21, 2012

wordless wednesday #1


keyboard xde bateri.. taip pakai on-screen keyboard je nih. click pakai mouse..

Wednesday, March 7, 2012

[Ayat Skema Gila] Projek Saujana Muda

CAUTION : perlukan ketekunan dan minat membaca yang tinggi, ayat terlalu skema boleh membawa maut.

Demikian lah bagi semua pelajar yang mengambil jurusan peringkat saujana muda (bachelor) wajib melakukan satu projek berdasarkan apa yang telah dipelajari sepanjang sesi perkuliahan. Jadi, saya tampir dengan satu idea untuk melakukan analisi terhadap perbandingan harga bagi struktur konkrit dengan struktur komposit iaitu campuran antara struktur besi dengan konkrit.

Tuesday, February 14, 2012

Blog Baru..

Selamat pagi rakyat dunia, hari ini ambe nak umumkan bahawasanya ambe telah pun memiliki sebuah blog yang ambe rasa lagi market, senang dan simple untuk dikemas kini. Kali ni ambe guna web hosting Tumblr sebabnya web nih menghadirkan satu perisian untuk semua telefon pintar. Jadi ambe boleh update dimana dan bila-bila masa sahaja menggunakan blackberry buruk ambe.

Disebabkan ambe boleh update bila-bila je, jadi ambe nak namakan nya sebagai Langsung sempena dengan album di facebook ambe yg jgk bernama langsung dimana agak menjadi perhatian segelintir rakan-rakan ambe. Lagi satu ambe dah tak nak mencapub kat facebook dengan langsung lagi dan kali ni biarlah ambe membawa diri ke alam lain. Kalau korang nak tengok apa yang dilangsungkan, korang amatlah dialu-alukan, anytime and anywhatsoever lah ek.. :D :D :D

Sunday, January 29, 2012

Family Reunion Matter

Sekitar minggu pertengahan bulan disember 2011, keluarga Musa belah mak aku telah mengadakan satu reunion yg hampir mengumpulkan keseluruhan keluarga. Yang tidak dapat hadir hanyalah disebabkan kekangan kerja.

Destinasi pertama kami adalah ke Tanjung Jara Resort, Dungun, Terengganu dimana tempat sepupu aku bekerja. Kira boleh dapat harga staff, tak lah bayar mahal sangat. Kalau ikutkan, harga biasa mungkin mencecah angka 1k. 

Gambar di bawah menunjukkan langskap disekitar TJR;