Something is best to remain secret.


Followers

Wednesday, April 11, 2012

Appreciation of Nature in Perhentian Island Part 1

Idea nak ke pulau nih sebenarnya dah lama dicadangkn,  cuma semangat dgn tak je. Tapi sebulan sebelum nk g baru lah masing2 nk serius. Kitorg seramai 14 orang bersepakat sama2, ada yang jadi AJK pengangkutan, makanan, aktiviti dan sebagainya. Aku tergolong dlm AJK Pengangkutan sbbnya Jeti nk ke pulau perhentian nih dekat je ngan kampung aku lebih kurang 20 kilometer.



Sebab masing2 xde first experience nk ke pulau nih, jadi kitorg main hentam je agent2 mana dan mintak dgn dia nk pakej yg paling murah. Ketua program ke pulau nih, selaku abang senyap kita telah ke Jeti utk mengusha pakej2 yg ok dan murah. Usha punya usha, jumpa lah satu agent nih bg pakej RM180 per person termasuk transport pergi balik dari jeti ke pulau, penginapan 3 hari 2 malam di Sunrise Guest House dan snorkeling trip ke 5 point. Makanan tak termasuk sbb kitorg bercadang utk bwk makanan sendiri dan masak kat sana.

Wednesday, March 28, 2012

Advanced Twitter

Saya rasa ramai dah tahu cam ne nk main twitter nih. Retweet, reply, direct messages, trending hashtag, spam timeline orang dan sebagainya. Cuma mungkin ada special button yang korang mungkin tidak tahu, bagi mereka yg baru hendak berjinak dengan twitter nih. 

buat mereka yang mmg dasar pemalas, malas nk tekan tu tekan ini. Jangan risau sebab abang twitter kita nih telah memperkenalkan shortcut keyboard seperti gambar di bawah ini. cumanya korang kena rajin sket untuk hafal kod2 nya. kalau malas jugak hafal Alt + F4 pon dh ok.. 


Thursday, March 22, 2012

PERKASA Annual Dinner 2012

Lepas 2 tahun berturut-turut jadi AJK dinner, yang mana time dinner je kena pegang walkie talkie, pegang kamera, buat tue dan buat nih, sampaikan nk makan pon tak sempat. Jadi kali ini aku nak rasa macam mana sebenarnya menjadi seseorang tetamu yang dapat makan mewah walaupun xdelah mewah sangat, borok sesama sendiri sambil tengok persembahan, berpakaian segak, capture gambar sama2 dan sebagainya lah.


Wednesday, March 21, 2012

wordless wednesday #1


keyboard xde bateri.. taip pakai on-screen keyboard je nih. click pakai mouse..

Wednesday, March 7, 2012

[Ayat Skema Gila] Projek Saujana Muda

CAUTION : perlukan ketekunan dan minat membaca yang tinggi, ayat terlalu skema boleh membawa maut.

Demikian lah bagi semua pelajar yang mengambil jurusan peringkat saujana muda (bachelor) wajib melakukan satu projek berdasarkan apa yang telah dipelajari sepanjang sesi perkuliahan. Jadi, saya tampir dengan satu idea untuk melakukan analisi terhadap perbandingan harga bagi struktur konkrit dengan struktur komposit iaitu campuran antara struktur besi dengan konkrit.

Tuesday, February 14, 2012

Blog Baru..

Selamat pagi rakyat dunia, hari ini ambe nak umumkan bahawasanya ambe telah pun memiliki sebuah blog yang ambe rasa lagi market, senang dan simple untuk dikemas kini. Kali ni ambe guna web hosting Tumblr sebabnya web nih menghadirkan satu perisian untuk semua telefon pintar. Jadi ambe boleh update dimana dan bila-bila masa sahaja menggunakan blackberry buruk ambe.

Disebabkan ambe boleh update bila-bila je, jadi ambe nak namakan nya sebagai Langsung sempena dengan album di facebook ambe yg jgk bernama langsung dimana agak menjadi perhatian segelintir rakan-rakan ambe. Lagi satu ambe dah tak nak mencapub kat facebook dengan langsung lagi dan kali ni biarlah ambe membawa diri ke alam lain. Kalau korang nak tengok apa yang dilangsungkan, korang amatlah dialu-alukan, anytime and anywhatsoever lah ek.. :D :D :D