Something is best to remain secret.


Followers

Thursday, September 27, 2012

Futsal Memory

Rasanya tak update lagi gambar nih kan? Kalu dah maafkan saya. Mungkin penyakit Alzheimer sy semakin parah. Actually gambar nih dah lama ada dalam kamera saya. Berikutan charger kamera saya tidak ditemui, maka proses memblogging saya menjadi kurang aktif. Tapi sekarang dah beli charger baru so tu yg rindu nk blogging balik. Cuma kali nih saya nak tampilkan lebih banyak gambar. Sebab saya sangat percaya rakyat Malaysia tak suka baca panjang2. tambah2 lagi benda merepek nih kan. So, let the picture tells the story.  

Kitorg geng kuliah pasti akan bermain futsal sekali seminggu dalam lab lama.

Childhood friend.

Tup tup tup bunyi telefon dpt mesej, kawan sekampung ajak keluar karaoke kot. Dah bila lama tak pegang mic, takkan nak tolak peluang cam gini kan. terus ON. So, korang hayati lah gambar yang ada dan kalau bernasib baik boleh dengar suara aku sekali. Seblum tu, kitorg karok dkt mana? tempatnya terletak di luar kawasan Kelantan, lebih kurang 20 minit driving. Namanya, Ilham Sound System dgn bayaran RM50 selama 2 jam dengan percuma air pepsi satu jug. No bad. Cuma keadaan bilik agak pecah dan usang sedikit. 

Kereta abg safety officer banyak lampu-lampu wo

Sunday, September 23, 2012

Job Seeker

Haloo again my un-existed reader. :) Kali nih saye nk kongsikan pengalaman pertama saya dalam mencari pekerjaan sebagai lulusan graduan universiti la kan.

Ada lah satu hari tue, kring kring telefon buruk saya berbunyi. tengok skrin naik no yg tak kenal. igt sape lah kan. jawab2 dgr suara wanita cina. bla bla bla, die pon tanya boleh dtg interview tak dkt office die. bertempat di Plaza Phoenix, Cheras. Ape lagi, xkan lah nk lepas interview pertama. dapat interview tue pon dh excited giler, dpt kerja tak tahu lah.

Jadi suatu malam tue, saya berangkat ke Kuala Lumpur dgn menaiki bas ekspress Darul Naim seorang diri. sebab time tue bukan peak season orang balik kg, so banyak seat2 kosong. siap boleh pilih lagi nk duk mana. Macam biasa lah, bile naik bas confirm la tido je. jadi perjalanan tue xdelah rasa jauh sgt. 

Setibanya saya di Hentian Putra jam 5.00 pagi (6 September 2012), membuka pelbagai pintu pengalaman. Bagaimana ingin melangkah, kemana arahnya, apa itu, apa ini, dan sebagainya la kan. saya ambik trip dari Stesen Putra, singgah di Masjid Jamek utk tukar train dan ke Stesen Setiawangsa sbb nak tumpang tidur rumah mak sedara saya. Untungla sbb ramai waris-waris tinggal merata tempat. 


Thursday, August 16, 2012

Sejenak bersama siapa?

Salam ramadhan, salam sejahtera serta salam satu Malaysia. 

Semperna bulan ramadhan yang mulia ini, mari lah kita sama2 tingkatkan kehenseman perut kita dan dan mempercepatkan pencarian awek-awek yang lawa. maaf, tertaip awek-awek (lebih dari satu). Selain itu, kalau dulu kita bodoh banyak, biar sekarang kita bodoh sikit dan esok-esok kita adalah pandai sikit. bak kata kucing aku, sikit-sikit, lama-lama jadilah bukit. sebab tulah perut pon dah berbukit.

Tapi alhamdulillah, mesin penimbang berat kilang mak aku telah menyakinkan aku bahawa berat aku kurang 5-10kg bulan puasa nih. dan alhamdulillah, kata mak aku penimbang tue mmg ralat +10 kg.. nampak permainan dia?

Tak lupa juga, kalau dulu matahari bangun dulu, sekarang aku yang menang dulu. tapi bulan lain mungkin macam biasa. ermm

Utk persiapan bulan syawal, macam biasa. macam korang jugak. tiada aksi pelik dilakukan kecuali makan banyak-banyak. satu lagi hal pelik, mungkin tak ada dah duit raya. sibuk je duit pon nk beraya.

Akhir kata, undilah saya di pilihanraya akan datang. saya berjanji akan menghadiahkan water cooler di setiap rumah-rumah yang mempunyai penghuni melebihi 40 orang. dan membina lebuhraya baru menghubungkan kampung-kampung seluruh pasir puteh dan saya akan katakan buat semua rakyat Malaysia, janji telah ditetapi. yeh?