Something is best to remain secret.


Followers

Sunday, November 27, 2011

Family Day PERKASA 2011

Penulis berasa sangat keletihan dari semalam sehinggalah ke saat menulis blog ini kerana penulis baru sahaja mengikuti satu program tahunan oleh persatuan fakulti, namanya PERKASA yang telah memberi kepercayaan tulus dan murni kepada beberapa orang pelajar untuk menganjurkan progam Hari Keluarga Perkasa 2011.

Adakah aktiviti-aktivitinya yang membuatkan penulis sangat keletihan atau adakah makannya terlalu kenyang sampai sesak nafas. Mari kita ikuti laporan dari seorang pelajar senior yang juga pernah menjadi AJK PERKASA sebelumnya.  

Wednesday, November 23, 2011

Wordless but Picture-more Wednesday

Sempena dengan pernikahan mek sue, kami sepasukan bola-bola bersatu luar negara telah menjelajah seantero kelantan. Semasa mengembara pulang ke kampus Gambang, Pahang kami sempat mengunjungi rumah Allah yang bertemakan kristal, masjid kebanggaan Terengganu. 

Antara imej yang sempat dirakam oleh satelit kami.


Monday, October 31, 2011

11 Facts About Me

Tagged yang kedua pula datang dari coursemate, Nia Oii. Antara syarat yang dikenakan ialah;

1) Mesti menyatakan 11 perkara tentang diri sendiri
2) Menjawab 11 soalan dari Nia Oii
3) Mencipta 11 soalan dari diri sendiri dan tagged kawan. 

Sebenarnya banyak lagi fakta yang berkaitan dengan diri sendiri. Kalau nak tulis ke dalam buku, mesti dah sampai 10 bahagian. Apa pun, teruskan menjawab soalan beliau.

Antara 11 fakta baik dan buruk yang aku rasa berkait dengan diri aku sendiri ialah

My 3 Jobs If I Don't Care About Salary

Hari nih serentak dapat tagged setelah bertahun tak dapat. Tagged yang pertama adalah dari My Bestiest, Cik Eiradiana anak kepada Salehuddin berkaitan dengan 




"List three jobs you'd consider pursuing if money didn't matter"


Bila baca tajuk nih, mmg betul lah kebanyakan orang akan fikir pasal duit kalau nak cari kerja. Itu lah tujuan utama kan. Tanpa duit, macam mana lah nak tanggung anak orang, bayar rumah, beli keta dan sebagainya. Jadi kalau lah duit bukan masalah, tentunya aku akan memilih pekerjaan yang berdasarkan minat. antaranya.



Thursday, October 27, 2011

Kemegahan Lelaki

Kalau wanita ada keinginan yang menakjubkan terhadap gelang/rantai/cincin emas, lelaki juga ada minatnya tersendiri. Bila ia sesuatu yang dipanggil canggih/terkini/flexible/informative dan sebagainya, pasti lelaki itu akan tertarik tetapi bergantung dari segi kewangan. Sejak berkurun lamanya, memang tak dinafikan lagi lelaki sangat berminat untuk memiliki jam tangan yang eksekutif. Ada yang sanggup membeli dengan harga yang mahal dan ada juga yang membeli dengan harga yang murah (tiruan) asalkan objektif tercapai.

Dan aku sesungguhnya bergelar lelaki yang kini sudah pun berada dalam likungan 20an dimana nafsu terhadap gajet atau kemegahan lelaki ini paling mencabar, sudah menunjukkan tanda perlibatan kearah itu.

Hampir 8 tahun menggunakan jam tangan Casio WR Dual Time yang berharga RM50 dibeli semasa tingkatan empat dan masih lagi digunakan sehingga sekarang. Kini ianya mungkin akan diluputkan jasanya dan akan bertukar khidmat dengan model Casio yang lebih canggih dan infomative. 

Tuesday, October 18, 2011

Megasteel Field Trip

Rabu lepas, Persatuan Kejuruteraan Awam & Sumber Alam, UMP atau ringkasannya PERKASA *xde kaitan dengan parti dacing* telah mengajurkan siri lawatan sambil belajar ke kilang memproses besi terbesar di Asia dan ianya terletak di Banting, Selangor.

Perjalanan bermula jam 6.30 pagi dan dimulakan dengan bacaan doa serta pesanan ringkas dari wakil Presiden PERKASA.


Disebabkan lawatan ini diadakan pada hari rabu, maka tiada huraian panjang. enjoy the picture.