Something is best to remain secret.


Followers

Saturday, January 30, 2010

Di sebalik tabir pilihanraya UMP.

Sebelum mengundi, segalanya nmpak biasa. Bermandikan janji-janji calon di malam manifesto. Berbalas-balas tembakan si kontroversi. Kebangkitan isu-isu sensitif luar UMP serta bermacam-macam lagi. Semua itu adalah adat ber-politik.

Paling hebat sekali, kontroversi gambar salah seorang calon tersebar mengatakan calon tersebut terlalu 'bersosial' dan tidak layak untuk memimpin. Juga hura2 mengatakan ianya disebarkan oleh kaki2 saham. Ada jugak yang menyatakan ianya berpunca dari salah seorang calon yang lain yang bertujuan ingin menjatuhkan populariti calon berkenaan. Even in UMP, benda kecik pon leh jadi khabar angin, ni kan pula daratan seluas Malaysia. So, ladies and gentleman, don't believe it until you find the clear proof.

Antara kontroversi lain yang turut hangat diperkata oleh segelintir pelajar terutamanya pelajar fakulti mekanikal, iaitu isu seorang calon telah mengkritik Tok Guru Kelantan. Menyebabkan calon tersebut mendapat tentangan hebat daripada pelajar mahupun calon lain. Bagi aku, isu ini adalah sangat sensitif terutama pelajar-pelajar dari kelantan yang lebih mengenali Tok Guru. Cara dan gaya hidupnya amat jauh berbeza seperti mana yg dilaporkan dalam akhbar2 berwarna biru. Akan tetapi, isu2 seperti tidak sepatutnya dibangkitkan kerana ianya jelas tiada kaitan dengan UMP.

TETAPI, mungkin juga calon tersebut terlepas cakap atau sebaliknya. Kita harus mengambil kira penjelasan daripada calon tersebut, mungkin ianya tidak seperti yang kita sangkakan. Untuk piliharaya universiti di masa yang akan datang, isu-isu seperti ini tidak seharusnya dibangkitkan.

Isu yang terakhir, berkenaan dengan salah seorang calon yang dikatakan terlalu obses dengan jawatan/kuasa sehinggakan sanggup menjatuhkan populariti calon lain dengan menyebarkan cerita-cerita palsu, mahupun berlagak seperti seseorang yang bertanggungjawab. Akan tetapi, calon ini gagal meraih undi disebabkan kepercayaannya tergugat dikalangan rakan-rakan mereka. Apapun, cerita nih hanyalah sekadar kontroversi. Sejauh mana kebenarannya, hanya diketahui oleh orang yang mengalaminya. Jadi, anda yang membaca atau mendengar desas desus cerita sebegini, eloklah dikaji sebelum mempercayainya.

Semoga pengajaran piliharanraya kali ini boleh dipelajari oleh mereka yang akan menjadi calon pada pilihanraya akan datang. Tahniah juga buat mereka yang berjaya bergelar ahli MPP. Semoga tanggungjawab dan kuasa yang diberi dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. The great leader, comes from big challenge. Gud luck leaders.