Something is best to remain secret.


Followers

Monday, April 29, 2013

Ironman 3 - Probably the last movie.

Seperti yang abg cakap minggu lepas nak tengok citer Ironman 3 mmg tercapailah hajatnya. Seperti biasa abg keluar dengan rakan-rakan universiti abg dulu yg juga berkerja di Johor Bahru menonton di Jusco Tebrau City. Disebabkan terlalu excited nak tengok citer nih, abg dah pesan awal2 dekat kawan abg suh beli tiket online supaya tak jadi mcm dlm gambar kat bawah nih. Kalau tak kena beratur panjang sekali ngan diorg.



Sunday, April 28, 2013

Thursday, April 18, 2013

Word-more Wednessday

Apa khabar gadis-gadis di luar sana? Abang harap sihat-sihat dan single-single belaka lah. Minggu lepas abang baru tengok citer The Oblivion lakonan Tom Cruise yang mcm tak pernah tua tue. Mcm abang juga, tak rasa tua, tapi kalau tengok muka tue macam dah tua. Jiwa muda yang penting. Cerita tue ala-ala Sci-Film + dengan Action sket. Bagi abang yang meminati cerita Sci-Film nih, cerita dia agak menarik. Seperti biasa citer orang barat nih dari mula-mula kita memang tak leh nak expect ending dia. tak macam cerita orang kita la kan.Tak lupa jugak heroinnya kalau buat awek memang bahagia satu dunia je rasa. Jadi sapa-sapa yang tak tengok lagi tue, cepat-cepat lah gi tengok. Kalau rugi pon, sebab bayar tiket je, tengok confirm seronok.

Friday, April 12, 2013

24 Years Ago. I was born

Dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kota Bharu, Kelantan tepat jam 7.28 pagi. Bersamaan dengan 2 ramadhan ketika umat islam masih kenyang bersahur. Tubuh badannya sempurna tanpa cacat cela. Boleh bercakap, boleh melihat, boleh mendengar serta boleh melakukan apa sahaja tapi agama menjadi pedoman. Diazankan di telinga kanan dengan kalimah agung semasa dia sedang menangis, sebuah tangisan insan yang belum berdosa tapi disambut dengan senyuman orang yg memandangnya di segenap penjuru bilik bersalin.

Dibesarkan dengan penuh kemanisan, kepahitan, kebahagian, kedukaan, kesedihan, demi menjadikan seorang bayi sebagai manusia yang tak pernah kenyang dengan tipu daya nafsu namun masih tercari-cari rentak kehidupan sejati sebagai muslim hamba Allah. 

Kini masa berlalu amat pantas, kalau dulu panjang sejengkal, kini tumbuh melangit. Tangisan demi tangisan, ketawa demi ketawa, dia masih bernyawa di tahun yang ke-24 merupakan anugerah-Nya yang teramat bernilai. Kalau hilang tak berganti, patah tak kan tumbuh lagi. 

Kepada mereka insan yang mengenali dirinya, sumbangkanlah sekerat doa agak dia lebih dirahmati, diberkati dan disayangi oleh-Nya. Amin.