Something is best to remain secret.


Followers

Friday, April 12, 2013

24 Years Ago. I was born

Dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kota Bharu, Kelantan tepat jam 7.28 pagi. Bersamaan dengan 2 ramadhan ketika umat islam masih kenyang bersahur. Tubuh badannya sempurna tanpa cacat cela. Boleh bercakap, boleh melihat, boleh mendengar serta boleh melakukan apa sahaja tapi agama menjadi pedoman. Diazankan di telinga kanan dengan kalimah agung semasa dia sedang menangis, sebuah tangisan insan yang belum berdosa tapi disambut dengan senyuman orang yg memandangnya di segenap penjuru bilik bersalin.

Dibesarkan dengan penuh kemanisan, kepahitan, kebahagian, kedukaan, kesedihan, demi menjadikan seorang bayi sebagai manusia yang tak pernah kenyang dengan tipu daya nafsu namun masih tercari-cari rentak kehidupan sejati sebagai muslim hamba Allah. 

Kini masa berlalu amat pantas, kalau dulu panjang sejengkal, kini tumbuh melangit. Tangisan demi tangisan, ketawa demi ketawa, dia masih bernyawa di tahun yang ke-24 merupakan anugerah-Nya yang teramat bernilai. Kalau hilang tak berganti, patah tak kan tumbuh lagi. 

Kepada mereka insan yang mengenali dirinya, sumbangkanlah sekerat doa agak dia lebih dirahmati, diberkati dan disayangi oleh-Nya. Amin. 

No comments: