Something is best to remain secret.


Followers

Wednesday, May 1, 2013

Selamat Hari Buruh

Hari nih hari bercuti bagi abang dan rakan-rakan abg yg turut menyambung hari buruh nih. Hari nih adalah hari untuk memperingati mereka-mereka yg bekerja bagi mengerakkan ekonomi tempatan. So, kerajaan sekarang telah mengumumkan 1 May adalah sebagai hari menghargai buruh-buruh Malaysia. Siapa buruh neh? kita dan anda semua yg telah berkorban jiwa dan raga demi kemajuan sesebuah negara.


Tahun ini tahun pertama abg bercuti sebagai seorang buruh sejak bekerja sebagai Jurutera Kilang di Johor Bahru. Apa yg abg rasa? of course lah happy dan aman je. cuaca hari nih agak redup. so abg ambil keputusan untuk masak maggi ketam memandangkan semalam housemate abg berjaya menangkap beberapa ekor ketam nipah. nyum nyum. mmg lazak dek lapar berehat. kalau bekerja tak rasa lapar sgt sbenarnya. terbalik.

Ok lah, hari nih hari cuti abg, so tak de gambar sbb kamera pun nak rasa cuti gak. Last skali abg nak ucapkan selamat hari buruh buat kawan-kawan universiti abg yg juga menyambut cuti nih buat pertama kali dalam sejarah hidup sebab masing-masing baru jugak bekerjaya. Keduanya abg nak ucapkan kepada kedua ibu bapa abg, kepenatan dan kelelahan merekalah yang menjadikan abg seorang manusia yg mampu hidup senang di muka bumi Tuhan nih. Kini masa buat abg untuk balas budi mereka memandangkan mereka sudah meningkat usia. Sekian :)

No comments: