Bagi yang belum tahu abg nih kerja apa, asyik tengok abg online facebook ngan twitter je. Sebenarnya abg bukan kerja dengan syarikat sosial tersebut tapi hanya bekerja dgn syarikat tempatan yg menjual cerucuk utk kerja-kerja pembinaan atau dalam bahasa standard "Reinforced Concrete Square Pile".
Followers
Tuesday, October 8, 2013
Tuesday, August 13, 2013
Raya Aidilfitri 2013
Salam aidilfitri buat sesiapa yg mengenali abang. Kalau abg ada terguris hati korang, abg minta maaf byk2. Mungkin masa tu abg tak cukup matang. Dikesempatan cuti yang masih berbaki 2 hari nih, abg nk update sedkit sebanyak aktiviti hari raya puasa abang.
Tahun nih agak berlainan, sebab tahun nih tahun pertama beraya sebagai org yg dah berkerjaya. Kalau dulu kita dah merasa orang bagi duit raya, kini masa untuk kita balas balik kepada generasi muda agar tradisi ini berterusan selamanya.
Thursday, August 1, 2013
Ramadhan Di Johor
Tahun nih tahun pertama abang berpuasa di negeri Johor semenjak mencari makan minum disini. Bagi abang tak ade masalah sebab senang nak cari makanan yang mencuit citarasa abang. Tambahan lagi di segenap bazar ramadhan ramai yang menjual masakan kelantan.
Wednesday, May 15, 2013
Quick Wednesday #1
Hari nih bukan hari biasa abg di tempat kerja. Perasaan yg mendebarkan, jantung berdegup kencang dan jiwa yg tak tenang. Padahal tak de ape lah sangat. Cuma first time abg berhadapan dengan auditor dari Singapore untuk Audit RMC (ready mixed concrete). Orang yg sama bidang dengan abang mungkin paham macam mana perasaannya. Dengan persiapan yg perlu teliti dan rapi serta bersedia menghadapi sebarang bentuk tembakan.
Alhamdulillah, segala sudah selesa dengan perasaan yg cukup lega sekali. Walaupun abg diberi surat saman sebanyak 2 keping dan teguran 3 keping. Tapi kalau bandingkan dengan audit tahun lepas, ade penambahbaikannya lah. First time la katakan. Semoga audit seterusnya memudahkan dengan pengalaman yg abg pelajari hari ini. Wacaaaa
Thursday, May 9, 2013
Pilihanraya ke-13 Malaysia.
Salam blackout buat adik, abang, kakak, tuan, puan, datuk, menteri-menteri dan sebagainya. Pilihanraya telah pun berlangsung dengan penuh kontroversi. abg rasa korang semua pun turut merasainya. Sehinggakan ade yang sangguh bergaduh, bertengkar dan sebagainya. Begitulah sebenarnya yg di idamkan oleh sesetengah pihak yg mana meraih keuntungan daripada hal itu.
| Kawasan Kempas, Johor |
Wednesday, May 1, 2013
Selamat Hari Buruh
Hari nih hari bercuti bagi abang dan rakan-rakan abg yg turut menyambung hari buruh nih. Hari nih adalah hari untuk memperingati mereka-mereka yg bekerja bagi mengerakkan ekonomi tempatan. So, kerajaan sekarang telah mengumumkan 1 May adalah sebagai hari menghargai buruh-buruh Malaysia. Siapa buruh neh? kita dan anda semua yg telah berkorban jiwa dan raga demi kemajuan sesebuah negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)

