Something is best to remain secret.


Followers

Thursday, April 23, 2015

Ke Bali

BALI. Sebuah bandar yang sangat padat dengan pelancong yang berlainan nawaitu. Namun kedatangan ambe ke sana sebagai tanda persahabatan antara Malaysia dan Indonesia. Bersama legasi-legasi Sejati Konkrit Sdn Bhd, terbang lah ambe dengan boeing 777, yes 777; pada 23 Oktober 2014. 


Pertama kali ambe menjejak kan diri Ngurah Rai; salah satu airport tersibuk di dunia. Memang penuh dengan bangsa putih, kuning, merah dan hitam. 


Monday, May 19, 2014

Puteri Harbour New Project

Sebuah projek membina kondominium bawah kelolaan UEM di Puteri Harbour, Nusajaya sebelah Kota Iskandar.


Saturday, May 10, 2014

Arab Street, Singapore

Alhamdulillah sekarang kat rumah sewa abg nih dah ade connection internet. dah boleh start blogging semula setelah sekian lamanya. Kalau korg selalu jenguk blog abg, mesti korg dah tahu kini abg sedang bekerja di Johor Bahru dan kadang-kadang ke Singapore.


Friday, January 3, 2014

Rentetan Orang Bujang.

Orang lain balik kerja, isteri dah mesej "Cepat lah balik"
Kita balik kerja, baca mesej celcom "Cepat lah topup"

Orang lain balik kerja, fikir apa isteri masak.
Kita balik kerja, fikir mamak tu nak pau aku lagi ke

Monday, December 23, 2013

Kahwin Farhan & Baitee

Cerita sebulan lepas yg perlu dijadikan memori kerana sepasang kekasih warga Borak Kencang telahpun selamat bergelar suami isteri pada 23 Nov 2013. Akhirnya persoalan siapa dahulu yg berkahwin terjawab jua seperti yg disangkal-sangkal bersama. Mungkin perkahwinan ini akan mempercepatkan ahli-ahli lain merasa ingin kahwin juga. 



Tuesday, October 8, 2013

Setahun Pengalaman Bergelar Jurutera

Bagi yang belum tahu abg nih kerja apa, asyik tengok abg online facebook ngan twitter je. Sebenarnya abg bukan kerja dengan syarikat sosial tersebut tapi hanya bekerja dgn syarikat tempatan yg menjual cerucuk utk kerja-kerja pembinaan atau dalam bahasa standard "Reinforced Concrete Square Pile". 


Tuesday, August 13, 2013

Raya Aidilfitri 2013

Salam aidilfitri buat sesiapa yg mengenali abang. Kalau abg ada terguris hati korang, abg minta maaf byk2. Mungkin masa tu abg tak cukup matang. Dikesempatan cuti yang masih berbaki 2 hari nih, abg nk update sedkit sebanyak aktiviti hari raya puasa abang. 

Tahun nih agak berlainan, sebab tahun nih tahun pertama beraya sebagai org yg dah berkerjaya. Kalau dulu kita dah merasa orang bagi duit raya, kini masa untuk kita balas balik kepada generasi muda agar tradisi ini berterusan selamanya. 

Thursday, August 1, 2013

Ramadhan Di Johor

Tahun nih tahun pertama abang berpuasa di negeri Johor semenjak mencari makan minum disini. Bagi abang tak ade masalah sebab senang nak cari makanan yang mencuit citarasa abang. Tambahan lagi di segenap bazar ramadhan ramai yang menjual masakan kelantan. 

Wednesday, May 15, 2013

Quick Wednesday #1

Hari nih bukan hari biasa abg di tempat kerja. Perasaan yg mendebarkan, jantung berdegup kencang dan jiwa yg tak tenang. Padahal tak de ape lah sangat. Cuma first time abg berhadapan dengan auditor dari Singapore untuk Audit RMC (ready mixed concrete). Orang yg sama bidang dengan abang mungkin paham macam mana perasaannya. Dengan persiapan yg perlu teliti dan rapi serta bersedia menghadapi sebarang bentuk tembakan. 

Alhamdulillah, segala sudah selesa dengan perasaan yg cukup lega sekali. Walaupun abg diberi surat saman sebanyak 2 keping dan teguran 3 keping. Tapi kalau bandingkan dengan audit tahun lepas, ade penambahbaikannya lah. First time la katakan. Semoga audit seterusnya memudahkan dengan pengalaman yg abg pelajari hari ini. Wacaaaa

Thursday, May 9, 2013

Pilihanraya ke-13 Malaysia.

Salam blackout buat adik, abang, kakak, tuan, puan, datuk, menteri-menteri dan sebagainya. Pilihanraya telah pun berlangsung dengan penuh kontroversi. abg rasa korang semua pun turut merasainya. Sehinggakan ade yang sangguh bergaduh, bertengkar dan sebagainya. Begitulah sebenarnya yg di idamkan oleh sesetengah pihak yg mana meraih keuntungan daripada hal itu. 

Kawasan Kempas, Johor

Wednesday, May 1, 2013

Selamat Hari Buruh

Hari nih hari bercuti bagi abang dan rakan-rakan abg yg turut menyambung hari buruh nih. Hari nih adalah hari untuk memperingati mereka-mereka yg bekerja bagi mengerakkan ekonomi tempatan. So, kerajaan sekarang telah mengumumkan 1 May adalah sebagai hari menghargai buruh-buruh Malaysia. Siapa buruh neh? kita dan anda semua yg telah berkorban jiwa dan raga demi kemajuan sesebuah negara.

Monday, April 29, 2013

Ironman 3 - Probably the last movie.

Seperti yang abg cakap minggu lepas nak tengok citer Ironman 3 mmg tercapailah hajatnya. Seperti biasa abg keluar dengan rakan-rakan universiti abg dulu yg juga berkerja di Johor Bahru menonton di Jusco Tebrau City. Disebabkan terlalu excited nak tengok citer nih, abg dah pesan awal2 dekat kawan abg suh beli tiket online supaya tak jadi mcm dlm gambar kat bawah nih. Kalau tak kena beratur panjang sekali ngan diorg.



Sunday, April 28, 2013

Thursday, April 18, 2013

Word-more Wednessday

Apa khabar gadis-gadis di luar sana? Abang harap sihat-sihat dan single-single belaka lah. Minggu lepas abang baru tengok citer The Oblivion lakonan Tom Cruise yang mcm tak pernah tua tue. Mcm abang juga, tak rasa tua, tapi kalau tengok muka tue macam dah tua. Jiwa muda yang penting. Cerita tue ala-ala Sci-Film + dengan Action sket. Bagi abang yang meminati cerita Sci-Film nih, cerita dia agak menarik. Seperti biasa citer orang barat nih dari mula-mula kita memang tak leh nak expect ending dia. tak macam cerita orang kita la kan.Tak lupa jugak heroinnya kalau buat awek memang bahagia satu dunia je rasa. Jadi sapa-sapa yang tak tengok lagi tue, cepat-cepat lah gi tengok. Kalau rugi pon, sebab bayar tiket je, tengok confirm seronok.

Friday, April 12, 2013

24 Years Ago. I was born

Dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kota Bharu, Kelantan tepat jam 7.28 pagi. Bersamaan dengan 2 ramadhan ketika umat islam masih kenyang bersahur. Tubuh badannya sempurna tanpa cacat cela. Boleh bercakap, boleh melihat, boleh mendengar serta boleh melakukan apa sahaja tapi agama menjadi pedoman. Diazankan di telinga kanan dengan kalimah agung semasa dia sedang menangis, sebuah tangisan insan yang belum berdosa tapi disambut dengan senyuman orang yg memandangnya di segenap penjuru bilik bersalin.

Dibesarkan dengan penuh kemanisan, kepahitan, kebahagian, kedukaan, kesedihan, demi menjadikan seorang bayi sebagai manusia yang tak pernah kenyang dengan tipu daya nafsu namun masih tercari-cari rentak kehidupan sejati sebagai muslim hamba Allah. 

Kini masa berlalu amat pantas, kalau dulu panjang sejengkal, kini tumbuh melangit. Tangisan demi tangisan, ketawa demi ketawa, dia masih bernyawa di tahun yang ke-24 merupakan anugerah-Nya yang teramat bernilai. Kalau hilang tak berganti, patah tak kan tumbuh lagi. 

Kepada mereka insan yang mengenali dirinya, sumbangkanlah sekerat doa agak dia lebih dirahmati, diberkati dan disayangi oleh-Nya. Amin. 

Tuesday, January 22, 2013

Sangkaan Engineer

Salam sejahtera buat pembaca yg setia (ada ke?)

Semua orang ingat jadi Engineer nampak gempak boleh pakai kereta mahal, rumah besar, poket tebal, bini lawa dan yang paling mengarut sekali kerja senang.

Sebenarnya kita telah ditipu oleh minda kita sendiri bermula dari kita mengenal perkataan engineer sehinggalah menjadi seorang Engineer. Mesti ada yang pernah kagum bila tengok gambar orang bekerja pakai safety helmet putih pegang pelan sambil tunjuk arah bangunan. Sebelah dia plak ada awek perempuan pun pakai safety helmet juga. Ini lah dikatakan permainan minda. 

Ibarat kita tengok dasar air dari luar permukaan nampak mcm cetek, indah dan bersih. Bila dah terjun, tak tahu berenang, dasarnya pula penuh dengan daun2 kering serta air yg sangat keruh. Mati!

Mengapa?

Monday, November 19, 2012

Entering Singapore

 30 October 2012. Itulah tarikh pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke bumi asing, singapore. Tapi bukan utk suka2, pergi utk susah2. Aku bersama beberapa orang rakyat Malaysia bertolak ke West Coast Cresent, Singapore utk membuat tugasan "coring" as requested by client. Disebabkan kali pertama masuk ke kastam malaysia-singapore, so xbpe berani nk ambik gambar dalam tu.


Highway pertama yg korang akan jumpa bila masuk Singapore.

Friday, November 16, 2012

Mersing Holiday

 Malas la pulak nak taip panjang2.. nih kitorg bertiga, abg zul (factory manager), abg syahid (bekas factory engineer) dan aku.. ke pantai mersing bersiar di hari minggu..



Piles Coring

Salah satu tugas engineer nih kena make sure struktur yang kita buat tue berkualiti dan tahan lasak. Jadi salah satu prosedurnya adalah "coring test" atau dengan kata lainnya, tebuk konkrit. Lebih kurang 3 minggu bekerja di SKSB nih aku ditugaskan untuk memantau satu kerja coring di Muar, Johor dan ini merupakan pengalaman pertama saya. Bersama saya Senior Engineer, abg Syahid bersama ke Muar juga team coring dari Semenyih pon turut sama.

Breakfast "claimn" di MCD Airport Senai