Something is best to remain secret.


Followers

Sunday, March 20, 2011

Al-fatihah Sahabat Rapat

Wan Mohd Hassanuddin telah ku kenali sejak 7 tahun, merupakan rakan sekelas di Sekolah Men Tok Janggut. Arwah adalah seorang yang genius dalam semua mata pelajaran sehinggakan arwah mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh. Namun, ikatan sebagai seorang sahabat tidak pernah renggang walaupun berjauhan. Bila ada cuti, kami beramai-ramai pasti akan adakan aktiviti bersama. 
Arwah tidak pula memberi tanda akan pemergiannya. Pemergiannya amatlah memberi kejutan kepada aku dan kawan-kawan. Memang benar lah, ajal datang tanpa mengenal waktu. 

Dua hari yang lepas, aku mendapat panggilan dari seseorang memberitahu bahawa wan mohd hassanuddin telah dimasukkan ke wad ICU.  Hajat di hati ingin pulang ke Kelantan memberi semangat kepadanya, tapi apa kan daya waktu itu dipenuhi dengan projek dan assignment yang perlu dihantar kemudian hari. 

Hari ini, menjelang waktu zohor, aku terima mesej dari kawan memberitahu bahawa arwah telah pun meninggalkan kita. Betapa terkejutnya mengetahui, ibarat dunia berhenti seketika. Tak sangka arwah yang kelihatan sihat sebelumnya telah pun pergi. Namun, aku tahu, arwah lebih disayangi oleh-Nya. Sedekah kanal-fatihah buat arwah, semoga ditempatkan bersama orang yang beriman. amin.