Something is best to remain secret.


Followers

Sunday, September 18, 2011

Final Year

Macam biasa  di awal semester, aku mesti akan keluar ke bandar untuk mencari keperluan sebagai seorang pelajar. Tambahan pula baru sahaja bercuti panjang dan berpraktikal. Alhamdulillah, sepanjang cuti semester, ada income yang masyuk ditambah lagi dengan elaun praktikal yang diterima beberapa hari sebelum balik ke Gambang. Maka perbuatan boros itu makin menjadi-jadi.

Aku cuba untuk mengurangkan pembelian barang-barang yang tidak perlu. Mana yang dianggap penting dan perlu sahaja yang akan dibeli. Tapi macam mana pun niatnya, nafsu keborosan tue akan tetap ada. Masuk je kedai popular di Megamall, aku tertarik dengan satu buku yang berkaitan dengan PR (public relation). Tambahan pula aku ini agak lemah bila berdepan dengan orang yang kurang dikenali atau bahasa kampungnya, kekok.


Monday, September 12, 2011

The Last of Duit Raya

Ku kira belum terlambat bagiku mengucapkan salam lebaran buat semua insan yang mengenali diri ini. Ku pohon kemaafan andai pernah mendukakan hati kalian samada secara spontan atau tidak disengajakan. Yang mana masih belum dapat duit raya dariku, silalah tunggu di tahun hadapan itupun jika sudah diterima bekerja. 

Seperti kebiasaan, lebaran aidilfitri disambut dengan penuh meriah. Waktu yang sangat dituntut oleh Rasulullah s.a.w utk disambut dengan penuh kemeriahan selagi tidak melebihi batasnya. Paginya kita beribadat dan petangnya kita mengunjungi saudara terdekat demi mengutip duit raya.