Something is best to remain secret.


Followers

Monday, September 12, 2011

The Last of Duit Raya

Ku kira belum terlambat bagiku mengucapkan salam lebaran buat semua insan yang mengenali diri ini. Ku pohon kemaafan andai pernah mendukakan hati kalian samada secara spontan atau tidak disengajakan. Yang mana masih belum dapat duit raya dariku, silalah tunggu di tahun hadapan itupun jika sudah diterima bekerja. 

Seperti kebiasaan, lebaran aidilfitri disambut dengan penuh meriah. Waktu yang sangat dituntut oleh Rasulullah s.a.w utk disambut dengan penuh kemeriahan selagi tidak melebihi batasnya. Paginya kita beribadat dan petangnya kita mengunjungi saudara terdekat demi mengutip duit raya.





Setiap tahun, kami sekeluarga pasti akan bergambar bersama dan ternyata ianya masih kekal 9 orang ahli. Belum lagi berlaku sebarang penambahan dan alhamdulillah tiada yang terkurang. Semoga Tuhan mempertemukan kita di syawal yang akan datang.


Antara gambar-gambar yang dipaparkan adalah diambil dari pakcik saudaraku yang bekerja sambilan sebagai 'photographer'. gambar di atas nih is my mom yang tengah berehat setelah penat memotong, memasak, mengoreng, merebus dan sebagainya.

Manakala gambar di bawah ini, super-photogenik; Zainal Arif anak kepada tukang ambil gambar.


Dan ini anak keduanya, Zainal Ali; pemenang kedua contest mengambil gambar di hari lebaran versi Pak Musa. 


Dan ini, uncle, aunty, cousin dan tok mek yang sedang menikmati juadah tetap; nasi dagang ikan tongkol, nasi minyak, ketupat, tapai , bla bla.. nanti anda pasti kenyang dengan hanya membaca menu juadah. Tapi kan tahun nih macam tak rasa kek coklat plak kecuali yang dibeli dari secret recipe


Dan ini anak sepupu saya/ cicit kepada tok mek saya. First time jumpa saat umurnya sudah mencecah 3 tahun (kot)..


For my uncle if you read this, the last picture is the best. nicely black, real lightning, perfect angle and beauty mimic.

2 comments:

Zakhiri said...

Wah...siap review lagi...thanks for complementing.... Nnt kalo ada kawan2 nak kawin jangan lupa rekomen saya....actually what makes the last picture good is good editing...gambar last tu sudah di edit sikit...hehehe

Meor89 said...

hehe.. buleh2. tgu 2 3 tahun lagi rmai lah member2 kawin nih..