Something is best to remain secret.


Followers

Sunday, September 18, 2011

Final Year

Macam biasa  di awal semester, aku mesti akan keluar ke bandar untuk mencari keperluan sebagai seorang pelajar. Tambahan pula baru sahaja bercuti panjang dan berpraktikal. Alhamdulillah, sepanjang cuti semester, ada income yang masyuk ditambah lagi dengan elaun praktikal yang diterima beberapa hari sebelum balik ke Gambang. Maka perbuatan boros itu makin menjadi-jadi.

Aku cuba untuk mengurangkan pembelian barang-barang yang tidak perlu. Mana yang dianggap penting dan perlu sahaja yang akan dibeli. Tapi macam mana pun niatnya, nafsu keborosan tue akan tetap ada. Masuk je kedai popular di Megamall, aku tertarik dengan satu buku yang berkaitan dengan PR (public relation). Tambahan pula aku ini agak lemah bila berdepan dengan orang yang kurang dikenali atau bahasa kampungnya, kekok.






Harga pula tidak lah mahal memandangkan bukunya tidak pun tebal. Mungkin ianya satu permulaan untuk aku meminati sifat membaca seperti ibuku yang memiliki novel penuh satu almari atau hanya sekadar hiasan di rak buku. Pastinya, aku sudahpun membaca chapter yang pertama berkaitan dengan First Impression. Bahasa yang digunakan mudah difahami dan bersifat bersahaja. Antara yang dapat di-highlight kan. Bila bersalaman, kita tak perlu lah shake kuat-kuat, gengam sekadarnya, kalau nak minum soft-drink yang sejuk pula, peganglah di tangan kiri kerana bila nak bersalam tangan kanan tak basah, dan yang tangan mudah berpeluh pula perlu ada tisu dalam poket. Yang dinyatakan ini untuk lelaki sahaja, bagi perempuan pun ada juga dan ianya sedikit berbeza dengan cara kaum lelaki. 

Doa-doakan niat murni aku ni sampai ke kemuncaknya. Harap tak lah hangat-hangat taik ayam.

2 comments:

Zakhiri said...

Bila dah habis per chapter buat la review...share2 sikit ilmu...woohaa!!

Unknown said...

hehe. insya Allah. review chapter 2 coming soon