Something is best to remain secret.


Followers

Tuesday, October 8, 2013

Setahun Pengalaman Bergelar Jurutera

Bagi yang belum tahu abg nih kerja apa, asyik tengok abg online facebook ngan twitter je. Sebenarnya abg bukan kerja dengan syarikat sosial tersebut tapi hanya bekerja dgn syarikat tempatan yg menjual cerucuk utk kerja-kerja pembinaan atau dalam bahasa standard "Reinforced Concrete Square Pile". 



Menghasilkan sebuah cecuruk bukan semudah namanya. Banyak aspek yang perlu kita jaga samada dari segi quality, workmanship, dealing with customer, even deals with raw material supplier. Kalau abg nak cerita pengalaman setahun abg kerja di syarikat nih memang sampai lebam lah jari jemari abg mu nih.


Apa yang abg ingin kongsikan disini, pengalaman yang paling seronok semasa bekerja apabila kita belajar sesuatu yg baru. Perasaan menerima pengalaman pertama kita tak kan lupa sampai bila-bila. Biarpun pada awalnya kita rasa mcm tekanan, tapi bila di akhirnya ianya adalah suatu kenikmatan bagi kita. Bila kita dah ada ilmu tersebut, kita akan semakin yakin dengan apa yang kita lakukan. Kalau dulu kita biasa kena tipu, tapi kini tidak lagi. 


Apa yang kita belajar atas kertas adalah terlalu umum. Bukan abg nak kata ianya tiada kaitan. Sebenarnya ada, tapi ade aspek2 tertentu yg tidak dihuraikan lebih mendalam. Kerja di kilang membuat piles nih nampak biasa atau mudah bagi sesetengah orang. Tapi untuk mengekalkan hasil yg baik bukan sesuatu yg senang. Mungkin hari ini ok, tapi esok belum tentu. Padahal ianya satu proses yg sama berulang-ulang setiap hari. Berbalik kepada perkara workmanship yang abg sebut tadi, ini lah perkara yang kita tidak dilatih di peringkat Universiti. Kenapa? 

Di universiti, kita biasa melakukan kerja bekumpulan dengan orang-orang mempunyai pengetahuan yg sama dengan kita. Tapi di tempat kerja, kita akan bekerja dengan ramai org dari pelbagai peringkat mahupun bangsa. Kita akan biasa jumpa orang yg tiada taraf pendidikan yg tinggi tapi banyak ilmu pengalaman lebih dari kita. Disitu akan berlaku ketidak-sefahaman dari segi apa yang kita mahu dan apa yang dia lakukan. Pada mulanya abg memang tidak setuju dalam hal-hal tertentu tapi semakin hari kita akan sedar kenapa dia melakukan sedemikian. Ianya masih boleh diterima sebab "final product" masih mengikut "specs requirement". TAPI, kita tidak boleh menerima 100% apa yang org berpengalaman tadi lalukan. Ada kalanya mereka ingin mencari jalan pintas supaya cepat siap dan jimat tenaga pekerja. Selagi ianya tidak memberi impak terhadap qualiti barang tadi, selagi itu ianya boleh diterima pakai. Selebihnya, kita sebagai pemantau mereka perlu menegur dan memberi arahan yang betul.


Cukup untuk pengalaman dari segi perhubungan dengan orang berpengalaman. Sebenarnya, abg nak nyatakan kesyukuran abg pada Ilahi kerana telah memberi abg satu tahun kehidupan di alam pekerjaan bersama rezeki-rezeki dan kenikmatan.



Genap setahun, abg disajikan pemandangan yang indah di sekitar Singapura. Kepada yang bakal berkerja, nasihat simple abg, walau apa pun perihnya, cubalah untuk kekal di satu syarikat paling kurang 1 tahun. Melainkan ianya melibatkan agama, maruah dan bahaya. 

Sebab dalam setahun, kita akan belajar banyak benda yg baru dan mungkin akan memberi tekanan yg banyak. Tapi sabarlah, selepas 1 tahun adik-adik pasti akan berasa lega sedikit dan akan merasa keserasian bekerja di tempat tersebut. orite? Itu saja lah secara malas abg menaip. nak tahu lebih boleh sembang dkt facebook. haha.




No comments: