Something is best to remain secret.


Followers

Tuesday, August 13, 2013

Raya Aidilfitri 2013

Salam aidilfitri buat sesiapa yg mengenali abang. Kalau abg ada terguris hati korang, abg minta maaf byk2. Mungkin masa tu abg tak cukup matang. Dikesempatan cuti yang masih berbaki 2 hari nih, abg nk update sedkit sebanyak aktiviti hari raya puasa abang. 

Tahun nih agak berlainan, sebab tahun nih tahun pertama beraya sebagai org yg dah berkerjaya. Kalau dulu kita dah merasa orang bagi duit raya, kini masa untuk kita balas balik kepada generasi muda agar tradisi ini berterusan selamanya. 


Tahun nih giliran beraya di belah keluarga Kelantan, iaitu keluarga mama abg di kampung sireh bawah lembah, kota bharu. Aktiviti masih sama, menziarahi sanak saudara sambil menikmati juadah yang jarang kita temui di hari biasa. 


Hari raya kedua pula, keluarga abg ke Taiping, Perak untuk beraya dengan keluarga belah abah pula. Perjalanan memakan masa 6 jam. Alhamdulillah hari tu lebuhraya timur-barat tak lah sibuk sangat. Keluarga belah abah abg nih suka berjalan-jalan ke rumah saudara-mara. hari tu saje dekat 5 buah rumah dan esoknya tambah lagi 3 buah rumah. Keluarga belah abah nih suka beranak pinak ramai2. ade yang sampai 11 adik beradik dan masing-masing tinggal di perak. so, kalau balik perak aktiviti mmg banyak. kalau nak pergi semua rumah mahu seminggu berjalan saja. 





Hari raya ke-4, abg pulang ke Kelantan semula. baru lah sempat nak bertemu sahabat handai. Yang tak sempat sebab dah habis cuti, kita set masa lain kali pula ye. Dalam perjalanan pulang tu, abg tersangkut jammed dekat Tanah Merah. Hampir 3 jam juga lah menunggu nak lepas. Mmg kawasan nih every-year akan jammed. 


Gitu lah raya abang secara ringkasnya. Mungkin pengalaman kita hampir sama. Yelah, takkan raya nak panjat gunung everest lak kan. Apa pun, dengan raya yg masih berbaki 24 hari neh, kalau ada sapa2 nak jumpa boleh lah set masa ngan tempat. Insya Allah kita akan jayakannya. 

No comments: