Something is best to remain secret.


Followers

Monday, May 16, 2011

Day 1 - Internship

Semalam aku just pergi Pejabat Sementara yg terletak agak jauh dari site, tapi hari nih aku masuk site dan stay kat situ sampai habis office hour. (actually balik awal sbb sv suruh). 

Hari nih aku masuk kerja pukul 8.30am setelah merempit dari Pasir Puteh ke lokasi site aku di Kota Bharu, betul2 bersebelah dengan Stadium Kelantan yg baru je lepas lawan bola ngan selangor tadi. Seri kan. Hari nih tak de wat pe sangat, just visit site dan baca plan. Sedikit pengenalan terhadap projek tempat aku praktikal nih

Bangunan : Ambulatory Care Centre (ACC) & Parking Park
Tarikh mula : 1 Oktober 2010
Dijangka siap : 30 September 2013
Kontrak : RM 177.8 juta

 Antara gambar yang sempat di ambil.



Nampak tak pipe warna coklat muda tue? tue adalah pipe untuk "anti-termite" atau dalam bahasa melayunya untuk anti anai-anai. Nanti bila setiap 3 tahun, akan ade pekerja yg salurkan cecair utk anti termite melalui pipe tue. Cecair tue sbnrnya nk spray dkt ground beam.

Ini "anti-termite" pipe punya kepala. 
Sub-con tengah buat ujian pipe "anti-termite" menggunakan air. Kalau pecah, tukar lain.  

Antara floor yg sudah siap di-RC kan. cuma tunggu concrete je

Mat bangla sedang menanda aras concrete. Bila tuang concrete nanti tak lebih dari aras tue. Tue dia guna sixth sense je kot. main tanda je.


Formwork untuk lift. sebelah kanan adalah lift bomba. 

Tue aku punya sv, sambil tunjuk lubang tempat tanam cable nanti.
Nih cable punya pintu masuk, elektrik, telefon dan sebagainya semua masuk ikot sini.
 
Floor level 1, korang nampak kan column di tahan oleh dua batang penyokong. Nih diorg guna teknologi IBS sebab nak cepat siap.

Antara kawasan yg tak guna Pre-cast concrete tapi sebaliknya guna In-situ concrete. Reason : nak tampung load yang lebih berat. 

Pandangan wing kanan ACC yg bakal bermandikan concrete. hari nih tak buat sebab bola (kelantan vs selangor) punya pasal. Jalan jammed, takut concrete dalam lori lebih 2 jam. kalau tak, reject hantar semula.


Steel yg digunakan. Beza R ngan T adalah, R xde bunga, T yg ade bunga. 

Sempat order concrete satu lori je rinie, nih tgh buat curing test. Kita observe je. tapi dia buat mmg tahap pro lah. 

Tu lah antara gambar yg menarik utk paparan. Dalam office tak de yg menarik. yang ada cuma plan-plan dan meja kayu berkerusi tapi ade aircond. 

3 comments:

hOney n' cLOver said...

woit rezki balik awl ja nih..mne leh...>.< hehe

Meor89 said...

hehe. awal2 nih mmg lah.
kang nt ade kerja smpai mlm.
PM dh suh ready. kot concreting smpai mlm.

hOney n' cLOver said...

hahaha, terbaik!!


=^.^=