Something is best to remain secret.


Followers

Thursday, October 27, 2011

Kemegahan Lelaki

Kalau wanita ada keinginan yang menakjubkan terhadap gelang/rantai/cincin emas, lelaki juga ada minatnya tersendiri. Bila ia sesuatu yang dipanggil canggih/terkini/flexible/informative dan sebagainya, pasti lelaki itu akan tertarik tetapi bergantung dari segi kewangan. Sejak berkurun lamanya, memang tak dinafikan lagi lelaki sangat berminat untuk memiliki jam tangan yang eksekutif. Ada yang sanggup membeli dengan harga yang mahal dan ada juga yang membeli dengan harga yang murah (tiruan) asalkan objektif tercapai.

Dan aku sesungguhnya bergelar lelaki yang kini sudah pun berada dalam likungan 20an dimana nafsu terhadap gajet atau kemegahan lelaki ini paling mencabar, sudah menunjukkan tanda perlibatan kearah itu.

Hampir 8 tahun menggunakan jam tangan Casio WR Dual Time yang berharga RM50 dibeli semasa tingkatan empat dan masih lagi digunakan sehingga sekarang. Kini ianya mungkin akan diluputkan jasanya dan akan bertukar khidmat dengan model Casio yang lebih canggih dan infomative. 



Jam lama ini banyak memberi khidmat yang terbaik dan juga pernah hilang dicuri sebanyak 3 kali namun, ianya kembali kepada pemilik asal. Casio juga menjanjikan baterinya akan tahan selama 10 tahun. Ternyata memang betul, bateri jam ini tidak pernah ditukar semenjak dibeli. Lalu meningkatkan lagi kepercayaan aku untuk memiliki model Casio yang lain.

Model yang diimpikan itu adalah Jam Casio Model PRG-130-1V yang mempunyai 3 deria rasa. Antaranya mampu menentukan arah compass (utara selatan timur barat), barometer/thermometer (mampu meramal keadaan cuaca dan menentukan suhu) dan altimeter (boleh membaca ketinggian dari paras laut). 
Bukan itu sahaja, jam ini gunakan boleh memberi informasi kepada pemakai tetang umur bulan, fasa bulan dan yang jugak boleh memberi gambaran air pasang surut berdasarkan tarikh pada jam tersebut. Kita juga boleh meramal keadaan yang dinyatakan diatas berdasarkan tarikh yang kita pilih. Contohnya kita hendak memancing pada 2 december 2012, jam 12 malam, kita boleh mengetahui samada air pasang atau surut.  


Banyak lagi kelebihan model ini, seperti Tough Solar (boleh mengecas bateri menggunakan solar), 5 daily alarm, data kalender sehingga tahun 2099, 29 lokasi zon masa dan sebagainya. Kalau hendak tahu lebih lanjut boleh layari 




Mengikut harga pasaran, jam ini mungkin bernilai RM1000 keatas. Tapi zaman sekarang amat canggih, kita boleh mencari dealer yang berniaga tanpa kedai bila mana mereka boleh mengurangkan kos sewa kedai, upah pekerja, cukai dan mereka berkerja hanya sebagai sambilan. Sudah tentulah objek yang sama boleh didapati dengan harga yang lebih murah, bawah RM700. Tapi, mungkin setakat ini ianya sekadar impian, harapan suatu hari nanti pasti gajet sebegini atau yang lebih terkini pasti dimiliki. Khidmat WR Dual Time masih akan digunakan. :) 

No comments: