Something is best to remain secret.


Followers

Wednesday, March 7, 2012

[Ayat Skema Gila] Projek Saujana Muda

CAUTION : perlukan ketekunan dan minat membaca yang tinggi, ayat terlalu skema boleh membawa maut.

Demikian lah bagi semua pelajar yang mengambil jurusan peringkat saujana muda (bachelor) wajib melakukan satu projek berdasarkan apa yang telah dipelajari sepanjang sesi perkuliahan. Jadi, saya tampir dengan satu idea untuk melakukan analisi terhadap perbandingan harga bagi struktur konkrit dengan struktur komposit iaitu campuran antara struktur besi dengan konkrit.



Alhamdulillah semester lepas, kertas kerja cadangan telah pun diluluskan oleh pemerhati saya iaitu, pensyarah En Amirulkhairi bin Zubir. Beliau amat membantu dan banyak memberi cadangan untuk mempertingkatkan kualiti PSM saya ini. 

Kerja saya bermula dengan membuat reka bentuk bangunan kedai dua tingkat sebanyak empat lot untuk dua jenis bentuk yang sama tapi berlainan jenis struktur iaitu konkrit dan komposit besi. Malangnya universiti saya tiada kemudahan perisian untuk membuat reka bentuk struktur komposit besi jadi terpaksa lah saya membuat kiraan tangan.

Selepas siap mereka bentuk barulah kerja merancang akan dilakukan. Kerja ini mungkin boleh disiapkan dalam masa yang sekejap menggunakan perisian Microsoft Project atau Primavera P6. Kerja merancang hanyalah merangkumi bahagian super-struktur sahaja iaitu dari lantai tingkat satu kepada rasuk bumbung. 

Kemudian, kerja mengira berapa banyak bahan yang perlu digunakan akan dilakukan. Di samping itu juga, segala jenis kerja yang melibatkan upah juga akan diambil kira. Barulah kerja menganalisi mengunakan graf, carta dan sebagainya akan dilakukan.

Melalui cara itu, boleh lah saya menkonklusi struktur manakah yang lebih murah untuk bangunan kecil. Sepatutnya projek saya ini juga merangkumi bangunan besar, 6 tingkat. Tetapi disebabkan masa begitu singkat, pemerhati saya mengecilkan skop penyelidikan saya ini kepada bangunan 2 tingkat sahaja. Mungkin semester hadapan, adik baru boleh menyambung penyelidikan saya ini untuk bangunan yang lebih besar. 

No comments: