Something is best to remain secret.


Followers

Sunday, September 23, 2012

Job Seeker

Haloo again my un-existed reader. :) Kali nih saye nk kongsikan pengalaman pertama saya dalam mencari pekerjaan sebagai lulusan graduan universiti la kan.

Ada lah satu hari tue, kring kring telefon buruk saya berbunyi. tengok skrin naik no yg tak kenal. igt sape lah kan. jawab2 dgr suara wanita cina. bla bla bla, die pon tanya boleh dtg interview tak dkt office die. bertempat di Plaza Phoenix, Cheras. Ape lagi, xkan lah nk lepas interview pertama. dapat interview tue pon dh excited giler, dpt kerja tak tahu lah.

Jadi suatu malam tue, saya berangkat ke Kuala Lumpur dgn menaiki bas ekspress Darul Naim seorang diri. sebab time tue bukan peak season orang balik kg, so banyak seat2 kosong. siap boleh pilih lagi nk duk mana. Macam biasa lah, bile naik bas confirm la tido je. jadi perjalanan tue xdelah rasa jauh sgt. 

Setibanya saya di Hentian Putra jam 5.00 pagi (6 September 2012), membuka pelbagai pintu pengalaman. Bagaimana ingin melangkah, kemana arahnya, apa itu, apa ini, dan sebagainya la kan. saya ambik trip dari Stesen Putra, singgah di Masjid Jamek utk tukar train dan ke Stesen Setiawangsa sbb nak tumpang tidur rumah mak sedara saya. Untungla sbb ramai waris-waris tinggal merata tempat. 




Malam sebelum interview tue aku bukannya buat preparation, tapi keluar jumpa kawan lama yang hampir 3-4 tahun tak jumpa. Tasnim namanya. Klu g KL dia orang wajib aku akan jumpa. Kali nih die bawak aku pusing2 tempat yg agak popular sekitar kotaraya iaitu Bukit Bintang atau singkatannya BB. Sebab time tue agak lewat malam, so Pavillion pon dah tutup xleh la nk jenguk ape ada kat dalam, just tengok pelancong asing, orang berniaga, dn sbgnya lah. At least bler orang tya pernah pergi BB tak? aku boleh lah jawab dgn confident. 



Dan satu tempat yang aku tak pernah miss utk dilawati adalah bangunan kebanggaan rakyat Malaysia, iaitu Petronas Twin Towers. Biarpun dah tengok berpuluh-puluh kali ianya tetap memberi pukauan. Mungkin lepas nih aku boleh buat Meor Tower ke. 


Keesokkan harinya tibalah hari yg dinantikan, tepat jam 8.30 pagi tibalah aku di perkarangan plaza Phoenix dimana aku dihantar oleh sepupu ipar aku (yg kahwin dgn sepupu aku). Klu pergi sendiri rasanya takkan sampai kot. Nih sedikit gambar yang diambil setibanya di sana. 



Di sini lah bermulanya saat2 yang mendebarkan. Macam mne rasa orang interview kita. Antara perkara yang dipersoalkan sejak kecil lagi. Bile dh besar nanti mesti orang akan interview kita. Time aku masuk dlm office die, terkejut jugak sebab ada sorang lagi yang akan di-interview. Tapi tak kisah lah sbb setahu aku ade 3 kekosongan kan. Bak kata pak sedara, datang je test market. belum cuba, belum tahu kan. So, aku orang kedua yang di-interview. masuk dalam bilik bos tue, just aku dengan die. die pon tak banyak tanya pasal ape yg aku belajar kat Universiti dulu. Cuma yang lebih mendebarkan tue aku kena speaking lah pulok. Memang tu yg sebenarnya kita perlu jangkakan sebelum di-interview kan.

Disebabkan berdebar utk ditanya, dan berdebar utk berbahasa inggeris nih, jadi makin berdebar-debar rasanya. sampaikan benda simple pon tak leh nak jawab. So, dalam setengah jam mcm tue, tamatlah interview. Die pon maklum keputusan akan diberitahu seminggu kemudian. 


Lepas tue, ape lagi, urusan utama telah selesai so bertindak lah kita untuk urusan sampingan. tapi ape lah sangat sampingan tue, poket tak berduit lagi kan. Otw balik tue aku belajar cm ne cara-cara nak naik bas. tak macam kat Kelantan. nampak je bas korang dah boleh tahan. sebab bas tue akn ke destinasi yg same. Berlainan kat sini sebab bas mungkin lalu jalan sama, tapi kat depan tue masuk simpang lain-lain. Sebelum turun tadi, akak operator telefon company tue ade lah bagi guide sket naik bas no 509 la klu tak silap. 


Lepas nais bas Rapid KL dengan hanya tambang RM1 (murah gile) aku pon mintak nk turun dkt Stesen Bandar Tasik Selatan. first time sampai situ teruja lah jugak. mcm airport Kelantan pon ade. Sebab time tue mcm awal lagi, so aku just beli tiket utk ke Masjid Jamek. ingat nk usha lah ape yg ade kat KL nih kan. Sesampai nye saya di Masjid Jamek tue, pusing lah tengok gerai2 berkhemah biru tue. Alih2 barang sama je mcm kat Wakaf Che Yeh cuma lebih mahal lah kot sbb diorg pon ambik brg kat sne jgk. 

Lebih kurang nk masuk waktu zohor, dan hari tue hari jumaat aku carilah masjid berhampiran. sbb dah jalan kaki jauh sgt, jauh dari Masjid Jamek tue, aku bedal jelah masuk Masjid India. ingat name je India, rupanya khutbah pon dalam loghat India. First time lah dalam hidup aku dengar khutbah dalam loghat India. sambil2 dengar tue tengok keliling mmg ramai orang india, melayu ade lah jgk 2,3 kerat. Hampir tergelak sorang aku. 


Bila keluar masjid tue, aku lepak jap tengok2 gelagat orang. yg paling mencuit lirikan mata aku bila tengok ramai gila orang minta sedekah. samada yang tua, muda, yg boleh berjalan, yg sempurna tubuh badan, selamba je tadah tangan mintak sedekah. At least klu yg jenis cacat tue acceptable la kan. Tapi tak pe lah, rezeki diorg. yg memberi lebih baik dari yg menerima . 

So, perjalanan aku diteruskan lagi ke Shah Alam, rumah Pak Sedara aku di Taman Cahaya Alam. Kebetulan masa tue ade jamuan hari raya utk satu lorong. Mmg tak muat angin la dalam perut makanan yg berlambak2 tue. Bukan senang kita nk tengok orang boleh buat jamuan utk satu perumahan tue. melainkan mereka yg betul2 kisah pasal semangat kejiranan. Mungkin aku akan cuba adaptasi utk jiran-jiran aku di masa akan datang. sekrang belum ada rumah sendiri lagi. hehe.


Keesokan harinya pulang lah aku ke Negeri tercinta dari Shah Alam ke Pasir Puteh dgn menaiki bas yang sama. Cuma trip kali nih aku ambik belah siang. 


Beberapa minggu lepas tue, tiada lagi panggilan dari tempat temuduga pertama tue, katanya bos menyeberangi lautan. tunggu dia seberang balik baru tahu keputusannya. tapi tak pe sebab untuk kali keduanya aku menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali meminta aku ke Melaka kerana ingin menemu duga. Sebenarnya utk temuduga nih aku harus berterima kasih dkt kwn seuniversiti yg rekomenkan utk aku di-interview iaitu Hazwan Raffali.

aku dapat panggilan tue lebih kurang 2 hari sebelum aku perlu ke Melaka. dengan gerak balas yang cepat aku pi lah beli tiket untuk ke Melaka demi harapan dapatlah satu kerja. Gaji yang tinggi tu letak no 2, no 1 dapatkan dulu pengalaman. bila dah ade pengalaman baru lah nanti kita demand tinggi2. 

Kali nih aku membuat trip yang sangat ringkas iaitu balik hari (sampai pagi nya, balik malamnya.) Setibanya aku di Tapak bina tempat penapisan air sungai melaka, terus berjumpa dengan PM nye dan bermulalah sesi kenal-mengenali. Tapi kali nih agak bersyukur sbb tak perlu speaking. Just borak2 guna bahasa kebangsaan. Lebih-lebih lagi bukan diadakan dalam bilik atau duduk secara formal. sambil2 die hisap rokok, aku pandang2 orang sambil tu jgk lah borak2. bla bla bla.

Then at the end of conversation, die tya bile boleh start kerja. aku pon wow, terus dpt kerja lah nih. gaji pon agak menarik memandangkan sebagai seorang fresh graduate dan kawasan melaka katanya bukan kawasan taraf hidup yang tinggi. lebih kurang pantai timur. 


So, sekarang hanya perlu bersedia untuk menempuh satu langkah hidup baru. hidup yang menjadikan sebab kenapa aku perlu masuk tadika, sekolah rendah, menengah, matrikulasi, dan universiti semua hanya utk diaplikasikan dalam pekerjaan aku ini. 

Sepanjang aku di Melaka,  aku amat berterima kasih buat keluarga zulhilmi atau lebih dikenali dgn panggilan Senyap yang memberi tumpangan di rumah nya. Sebab tak ada waris tedekat yang tinggal di Melaka maka khidmat kawan rapat diperlukan. Itulah yg dikatakan persahabatan. Walaupun trip yg agak sekejap, sempat lah jugak melihat bagaimana matahari yang timbul di pantai timur dan terbenam di pantai barat. memandangkan aku ini orang pantai timur, so agak teruja lah bila melihat cahaya dan bentuk matahari di ufuk barat. 

Lebih kurang 8 malam bas bertolak pulang ke Kelantan dengan membawa khabar gembira. Terima kasih diucapkan kepada mereka yg sudi memberi bantuan sewaktu saya amat-amat memerlukan. segala jasa dan pengorbanan kalian akan saya ingat sampai bila-bila. bila sudah tua pasti saat inilah akan saya kenang. antara saat-saat yang memberi perubahan besar dalam hidup seseorang. Kita hidup utk belajar dan bekerja, supaya kita boleh beribadat. Doakanlah saya berjaya di peringkat seterusnya dan semoga jasa tuan pun adik abg boleh saya balas suatu hari nanti. :) Insya Allah. 

2 comments: