Something is best to remain secret.


Followers

Saturday, May 10, 2014

Arab Street, Singapore

Alhamdulillah sekarang kat rumah sewa abg nih dah ade connection internet. dah boleh start blogging semula setelah sekian lamanya. Kalau korg selalu jenguk blog abg, mesti korg dah tahu kini abg sedang bekerja di Johor Bahru dan kadang-kadang ke Singapore.



Nak ronda-ronda Singapore selalu nih kadang-kadang je boleh. Maklumlah matawang Singapore nih agak tinggi ataupun matawang kita yang rendah? Antara tempat yang menjadi tumpuan pelancong di Singapore adalah Arab Street atau Jalan Sultan. Tempat nih lebih kurang Masjid India, Kuala Lumpur cuma pilihan baju/ kain/ apa benda semua lebih menarik dan berkualiti. Abg tak tahu sgt, orang lain yang kata.


Walaupun negara Singapore nih agak sempit tapi abang respect dari segi tersedianya infrastruktur yang mesra pengguna. Setiap jalan mesti ada laluan pejalan kaki, parking yang luas dan jalan yang jarang berlubang. Kalau berlubang pun diorang tampal menggunakan method yang betul. 






Tempat nih agak luas, tapi abg tak habis ronda semua kedai lagipun just temankan orang lain je haritue. Memandangkan waktu abang kat sana dah nak masuk maghrib, masjid pun tak jauh, nak jalan kaki pun selesa ada laluan, abg singgah sebentar di Masjid Sultan. Antara masjid yang tercantik di Singapore abg rasa. Dari segi azan abang rasa tak ada masalah, boleh berkumandang dengan desimal yang normal macam di Malaysia. 





Setakat nih tak pernah lagi tidur di Singapore biarpun dah masuk banyak kali, maybe next time. Lepas maghrib abang singgah sekejap di woodland centre dan terus masuk Johor. My beloved country yet. 

No comments: