Something is best to remain secret.


Followers

Thursday, April 23, 2015

Ke Bali

BALI. Sebuah bandar yang sangat padat dengan pelancong yang berlainan nawaitu. Namun kedatangan ambe ke sana sebagai tanda persahabatan antara Malaysia dan Indonesia. Bersama legasi-legasi Sejati Konkrit Sdn Bhd, terbang lah ambe dengan boeing 777, yes 777; pada 23 Oktober 2014. 


Pertama kali ambe menjejak kan diri Ngurah Rai; salah satu airport tersibuk di dunia. Memang penuh dengan bangsa putih, kuning, merah dan hitam. 



Lokasi pertama yg ambe singgah, restoren masakan minang. Pergh! tempe dia memang terbaik. FYI, kat restoren nih ada tersedianya musholla tp campur laki perempuan. Tengok semua tengah kelaparan, maklumlah seawal 3 pagi lagi ambe dan rakan-rakan standby bersiap2 sebelum terbang dari Senai ke KLIA (transit). Breakfast pun dengan kacang-kacang Malaysia Airlines jer. 


Seterusnya, ambe lincah ke Culture Park sebelah selatan Bali. Ambe kira nih lah kedudukan paling selatan yang ambe penah pergi. Dekat sini cuma banyak patung-patung. Boleh rujuk gambiran dibawah. (Yang baju biru bukan patung)




Sebelum pulang ke hotel, ada pertunjukkan tarian Bali. Agak teruja bila lentikan tarian diiringan dengan kediran matanya. I guess that's the Bali trademark. 

Selepas menjamu makan malam sambil menghayati fenorama matahari terbenam lebih kurang jam 6 lebih. Walaupun waktu Bali sama dengan Malaysia, tapi matahari terbenam awal sejam. 


Day 2. Hari kedua pula dihidangkan lagi dengan tarian Bali. Tapi kali nih ada sketsa sejarah-sejarah Bali, lebih kurang 45 minit. 


Ambe sempat juga singgah dekat salah satu temple bali yang femes. Kalau kita search gambar Bali dalam dengan google, kebanyakkannya keluar gambar temple ini. Nak masuk sini mesti berpakaian sopan. Yang bendera merah minta maaf banyak-banyak.


Acara ulangan, makan tengah hari di puncak gunung Bali berlatarkan gunung berapi yang masih aktif. Dekat sini agak sejuk lebih kurang dekat cameron highland. 


Day 3. Masih lagi dalam acara melewati temple-temple Bali. Kali nih masih di puncak gunung tapi ada tasik. 


Dari Danu Beratan, lokasi terakhir yang ambe pergi adalah Tanah Lot Temple. Antara banyak-banyak tempat yang ambe pergi kat Bali nih, nih lah tempat yang paling cantik. Laut yang korang nampak ini adalah lautan hindi yang agak ganas disitu. Dan kesan ombak ini telah menghasilkan ukiran batu semulajadi yang berjaya menarik ribuan manusia datang bertadang. 


Day 4. Hari terakhir di Bali, ambe sempat pusing-pusing bandar Kuta; pusat bandar Bali yang terletak di tepi pantai. Pantai kuta ini femes sebagai tempat bermain surfing dek ombak yang besar. 


Itu sajalah secara ringkas tapi padat kenangan ambe di Bali, sebuah lokasi perlancongan yang menarik untuk dikunjung kali kedua. Sekali lagi ambe pulang ke Malaysia juga menaiki Boeng 777. 


Setibanya di Johor, cepat-cepat cari tom yam. rindu katanya. padahal baru 5 hari.

No comments: