Something is best to remain secret.


Followers

Tuesday, June 29, 2010

Reunion Teknik Besut 2010

Nih lah first time skoloh teknik aku buat reunion, hampir 4 tahun berpisah, akhirnya berjaya menyatukan kembali nostalgia lama. Banyak kenangan manis dan pahit aku di sekolah neh. skolah yg membuatkan aku lebih matang dr seblom nyer. kalu korang tgk aku skang x bpe matang, kita ok lah dari zaman2 sblom PMR..

Yang datang ke majlis xde lam smpai 100 org, just anggaran lam 20 org gitue kot. biasalah, reunion2 skolah neh susah nk dpt sambutan menyeluruh, kira ok lah ade jugak yg sanggup dtg termasuk aku. Memang majlis nih byk kekurangan dari kelebihan tp makna dan memori yg diimbas kembali menutup segala kekurangan ini.

Klu nak story2 satu persatu memori lama, memang berjam2 lah ak kena menaip. Aku bersyukur sangat berpindah ke skolah teknik walaupun pemerintahan di sana lebih kurang ditaktor zaman perang Iraq, namun ianya tetap sebuah kehidupan yg penuh pengajaran. Betul lah kata Nabi, hijrah merupakan satu yg sangat berfaedah.


Di sekolah teknik nih memang aku sangat aktif, byk pikul pangkat, mungkin agak gila kuasa. antaranya, Pengawas berbaju biru, berpangkat Biro Dewan Besar. Klu bab2 nk perhimpuan tue, aku lah kena arrange spe baca doa atau spe2 yg nk jadi MC. then aku jugak memegang jawatan Ketua Pengakap, salah satu kelab beruniform yg paling x aktif di skolah itu. Hanya aktif pada hari rabu, hari memakai baju uniform.

Seblom ak jadi pengawas, aku jugak dipilih utk memegang jawatan AJK asrama, sebagai AJK Sukan. walaupun ak nih x aktif maen sukan. ptg2 mengisi masa lapang dengan aktiviti tido atau membuat rondaan konon2nyer sebagai Pak Guard. Dan last skali, time form 5, salah satu jawatan yg ak sgt syg ialah sebagai Ketua Sidang Redaksi, iaitu salah satu kelab yg handle majalah skolah. Xde lah smpai tahap design2 tue, just key-in nama2 pelajar serta karya2 yg pelajar submit. Memang best jawatan neh, slalu buat jamuan kat ahli2nyer dan cikgu pon sporting xde lah smpai nk push2 student.

Namun skang, di tahap universiti, aku sangat lah tidak aktif, just join aktiviti2 bawahan. jadi anak buat org. sebagai alasan nk stay kat hostel dan nk jugak simpan sijil universiti nt senang nk nunjuk2 kan..



No comments: