Something is best to remain secret.


Followers

Thursday, July 29, 2010

Kulit Kacang

Kenapa tajuk diatas bukannyer ditaip isi kacang? Bukankah isi kacang yang lebih enak di makan, diminum, dimamah, dijilat dan sebagainya? Kalu korang beli kacang mesti fikir nk makan isinye kan? Lepas korang makan, korang terus buang kulit itu tanpa melihat sejarah jasa kulit kepada isi -nyer.


Sebenarnya, kulitlah yang melindungi isi didalam daripada menjadi buruk, cacat dan busuk. Itulah perumpaan yang boleh disamakan kepada salah seorang sahabatku, aku masih memanggilnya sahabat kerana aku tidak pernah melupakan jasanya kepadaku, tapi yang aku kesali, jasaku tidak dikenang dan namaku ia menghina. Bukanlah ingin meminta balasan baik, memang tidak sesekali pon berharap. tapi, janganlah sampai membalasnya dengan sesuatu yang buruk. Berlagak sombong bagai tidak akan susah nanti dan tak akan meminta pertolongan sesiapa pun. ingat lah wahai teman, andai sesuatu hari nanti kamu terjatuh, kesali lah ia sebaiknya, kerana itulah balasan atas perbuatanmu. aku bukan mahu mendoakan kamu mendapat susah, tapi aku mendoakan agar engkau menyedari mana satu jalan yang lurus lagi terang kerana itulah sahaja lah yang terbaik dariku buatmu. amin.

No comments: