Something is best to remain secret.


Followers

Tuesday, December 14, 2010

UniFi - Newest Package From TMnet

First impression bler baca perkataan UniFi, igt kn package dari Tmnet utk student. Ialahkan, biler gabung perkataan universiti dengan wifi, maka terhasilah UniFi kn?.. Tetapi sebenarnya ianya bukan untuk student semata-mata tetapi ianya adalah package buat semua pengguna Tmnet terutamanya kaki2 download seperti saya.

Maksud UniFi dari segi saintifiknye, "membenarkan seseorang pengguna atau pelayar internet memuat turun sesuatu dalam tempoh masa yang singkat tetapi bergantung kepada saiz file"


Antara package yang ditawarkan adalah seperti gambar dibawah yang diambil dari website tmnet, www.unifi.my. Antaranya VIP20, VIP10 dan VIP5. Kelebihan yang dapat dilihat daripada pakaj yang ditawarkan, ialah kelajuaan internet ditingkatkan. sebelum ini kita tahu, pakej yang paling tinggi yang disediakan oleh tmnet adalah berkelajuan 4mbps. sekarang, tmnet muncul dengan sengaja baru yang saya percaya bakal memberi persaingan yang hebat buat syarikat jalur lebar yang lain iaitu internet berkelajuan 20mbps.


Walaupun internet tersebut berkelajuan tinggi tetapi ada had limitnya. Pengguna yang mengambil package VIP20 mesti memuat turun tidak melebihi 120Gb. Bagi saya, ini adalah kelemahan package tersebut. Mungkin Tmnet akan mengalami masalah yang sama seperti syarikat jalur lebar lain. Ramai yang mengadu kelajuan mereka disekat sebelum sampai hadnya.

Selain itu, pakej ini juga menawarkan video-on-demand terhadap filem-filem baru tempatan dan juga luar negara. maksud video-on-demand ini, seseorang boleh melanggan sesebuah filem dari Tmnet dan menonton dari kaca television anda. Sebenarnya kaedah ini telah lama diamalkan di Amerika Syarikat. Malah ini adalah sumber utama tersebarnya filem-filem yang boleh dimuat-turun dengan percuma di internet. Mungkin selepas ini filem melayu akan lebih senang di-muat turun ke komputer anda.



Akhir sekali, Tmnet juga akan memberi hadiah kepada mereka yang mendaftar package ini antaranya, cordless phone secara percuma, ID streamyx zone juga secara percuma, email, dan panggilan percuma menggunakan talian tmnet ke talian tmnet yang lain di seluruh negara. Sekiranya pengguna ingin membuat panggilan ke telefon bimbit, kadar rata dikenakan sebanyak 10sen seminit.

No comments: