Something is best to remain secret.


Followers

Thursday, December 9, 2010

Triangle Traveller

Sebenarnya entry ini agak basi utk dikongsi, kerana ianya sudahpun berlaku 3 minggu yg lepas. mungkin ketika itu semua umat Muhammad s.a.w sedang asyik memamah daging lembu, ataupun daging unta sekiranya unta yang dikorbankan. mungkin juga ketika itu semua pelajar UMP yang tidak pulang beraya sedang beraya dengan buku law dan RC. Tetapi saya insan yang tidak dimaksudkan diatas sedang menjelajah malaysia tercinta ini. Entry ini dinamakan sedemikian kerana saya saya telah mengembara dari selatan ke utara, dari timur ke barat daya *yeker?* dan dari barat ke timur. pening kan nak paham? untuk perjelasan sila refer appendix dibawah seperti anda refer buku BS 8110. Pastikan versi baru.


First Triangle Side.
Selepas tamat exam hydrology, petangnya, saya memulakan perjalanan pertama merentasi terengganu, bermula dari Gambang - Jabor - Kuala Berang - Setiu sehinggalah tiba di hometown saya, Pasir Puteh. Seperti mana yang tertera dalam gambarajah dibawah nh. laluan nih boleh klasifikasikan sebagai kerap lalu, kerana ianya perhubung aku dan ump. Tips saya untuk laluan ini, "beware of police trap". Mungkin mereka sedang menunggu anda untuk mengagihkan surat yang akan menyebabkan anda tidak lena tidur malam.



Second Side Triangle
Selepas seminggu berada di Pasir Puteh iaitu 3 hari selepas hari raya korban. Saya kembali di jalan raya, menuju ke Port Dickson. Kali nih saya berkonvoi dengan family menaiki dua buah kenderaan, si DBF dan sang DAK. Tujuan kitorg ke port dickson sebenarnya ingin menghadiri majlis perkahwinan sepupu sulung belah ayah. kalu tak silap, di kg pasir panjang. Atau second route mungkin boleh dinamakan dari pasir puteh ke pasir panjang ye...


Untuk pengetahuan para pembaca, ini lah pertama kalinya sejak sudah 4 tahun memiliki lesen saya memandu dari kelantan menerusi karak tapi tak sempat nak singgah kat klcc. si kembar yang pendiam. Perjalanan ini bermula sebelum subuh kerana ETA kitorang tak melebihi waktu asar di port dickson. Sebab ingin ke port dickson, guna istilah ketenteraan sedikit.



Third Triangle
Selepas tamat persandingan pengantin baru di pasir panjang, saya keseorangan bertolak pulang dari port dickson menuju ke tanah air tercinta yg indah iaitu gambang melalui kuala pilah, muadzam shah dan paloh hinai. Ini juga adalah perjalanan pertama dari negeri sembilan ke pahang. Saya sepatutnya pulang ke pahang disebabkan masih ada dua lagi kertas final yang belum selesai. Jadi, disebabkan saya memudi DBF keseorangan tanpa mengetahui bentuk kontur muka bumi dan keadaan yang mungkin berlaku, saya menggunakan sistem GPS yang membolehkan saya balik ke pangkal jalan.

Peta di bawah menunjukkan laluan saya, tetapi mungkin google maps ini agak bengap, jadi saya cuba membetulnya menggunakan software paint yang dihadiahkan oleh bill gates. jesteru itu, tibalah saya dengan selamat di gambang yg bilamana sangat panas di musim panas, dan sangat sejut di musim sejuk. kalau musim study week, sangat study week.

Tip utk mereka yang menggunakan laluan segamat-kuantan, berhati-hati juga dengan lori yang sangat ego. mereka sengaja memandu lori secara konvoi dan menyukarkan mereka yang ingin memotong. tambahan pula di waktu malam. Tetapi saya berjaya memotong ke-empat-empat lori tersebut di waktu malam. Sekian sahaja laporan dari pusat bahasa pustaka dan dewan kuliah.


No comments: