Something is best to remain secret.


Followers

Sunday, May 15, 2011

Lapor Diri - Latihan Industri

Actually, kalau ikotkan surat yang dikeluarkan oleh Universiti tercinta, pelajar patut mula Latihan Industri (LI) bermula 16 mei sehingga 15 August 2011. Tapi aku agak confius sikit sbb kat kelantan nih hari ahad orang dah start kerja. So, aku ambillah keputusan untuk ke pejabat tapak sementara Menang Intan konon2nya nak melaporkan diri la kan. Semalamnya punya lah awal menidurkan diri takut nanti ngantuk dekat office

5.30 am 
Bangun + mandi + solat subuh + bersiap2.. 

6.15am
dah bertolak ke Kota Bharu sebab tumpang ayah aku. 



7.30am
Lepak depan office abah aku sambil bergambar dan meng-upload ke dalam facebook. 


8.30am
Ber-breakfast dengan Abah aku dan officemate nya di gerai Pokjat Ikan Keli. aku baru tahu abah aku nih pon sker ikan keli jugak. tapi xde plak ma aku masak kat rumah nih. hehe

9.10am
Sampai lah ke project site office. First impression, pejabat agak kemas, xde lah besar sgt. Staff pompuan pon muda2 lagi dan cun jugak. Lepak jgak kat situ, sbb engineer yang in charge untk jaga aku banyak kerja. lagipun aku ade mention yg aku patut mula besok. hari nih saje nk mengedik kan. sambil tue jugak, aku tengok-tengok plan yang ade atas meja. rupanya projek aku nih pon menggunakan teknologi IBS. agak bertuah lah rasa boleh belajar benda baru kan.

10am
Project Manager baru masuk office, dengan muka yg agak garang dan macam blur2 sebab tengok org budak laki dalam office. mana tak nye, semua staff lain pompuan. pastu dalam 15 minit kemudian, PM tue panggil lah aku masuk utk berkenalan. bla bla bla. dia pun tanya lah aku, dalam bahasa inggeris, tp aku nak translate. you boleh tahan panas? hujan? kerja lebih masa? .. demi menjaga hubungan baik antara pihak MISB dengan UMP, maka aku pon jawab lah. mesti lah boleh. -.-'. Pastu die pun ade mention jugak, waktu kerja aku start 8.30am pastu tamat dalam 5.30pm. tapi depend keadaan lah. maybe boleh sampai malam. Dengar je dia sebut tue, waa. nih dah gaya engineer betul dah. tapi xpe lah. maybe lagi banyak input masuk nanti kan. 

Berceritakan pasal pakaian pula, tanya dia apa yang patut aku pakai nanti. Dia jawab, " you tak perlu pakai lawa-lawa lah. you ikot je saya pkai apa. nanti kat site tue panas." .. so, lepas nih tak perlu lah nk pkai tie ke ape ke.. fuh

11am
lepas je lapor diri, PM tue suruh aku masuk site besok. maknanya aku dah bleh balik lah. hari nih half-day je. Sebab tadi aku datangn ngan abah aku. dia pon balik after office-hour. jadi aku balik lah naik bas awam. rasanya dah 2 tahun kot tak naik bas awam nih. 

1.30pm.
Sampai lah rumah dengan perasaan mengantuk. 

3 comments:

.mazLyna. said...

wah...aku pun kene get ready jugak lah sesi perkenalkan diri esk...hehe.

Unknown said...

btol tue maz.. hehe :)

CikTupaii said...

mcm menakutkan je,huhu
selamat ber-LI ye awak. good luck! ^_*