Something is best to remain secret.


Followers

Wednesday, June 15, 2011

Day 23 - Internship

Sedar tak sedar dah 23 hari (hari berkerja) aku di site dan berpraktikal sebagai seorang bakal jurutera. Walaupun blom lagi genap sebulan namun sudah rasa pelbagai cabaran dan masalah. Tapi masalah yang tertentu tak perlu lah kita cerita disini. Kali ini aku nk kongsi pengamatan aku di site terhadap kerja meng-kontrit slab untuk level 1. 

Entry ini bukan berniat berlagak tapi aku rasa tidak lengkap kalau tak dikongsi kepada mereka yang belum tengok proses ini. Kalau yang berhati busuk tue, ape kan daya kan. 



Kerja-kerja kat bawah mengambil masa beberapa hari untuk disiapkan. Pertama sekali, setelah kerja memadat tanah/pasir siap dilakukan dan catatan ukur aras memuaskan surveyor maka para pekerja akan mula memasang "kain biru" bertujuan menghalang air naik ke permukaan atas. masih belum mengingati nama saintifiknya. 


Selepas itu, pekerja besi pula akan meletakkan besi fabric mengikuti spesifikasi plan. Nama saintifik bagi besi kat bawah nih ialah topping reinforcement (fabric) yang ukurannya berdasarkan keluasan rengangan besi tersebut. Kebiasannya yang digunakan adalah bersaiz A8 atau A7. korang boleh search kat google kalau nak tahu ukuran dalam cm. 


Bila dah siap pasang besi ape semua, ini lah hasilnya yang diambil dari aras dua. 


Sebelum kerja konkrit dilakukan, kontraktor atau sub-kontraktor akan mengeluarkan borang Inspection Notice untuk konsultant meluluskan besi-besi yang dipasang sebelum ini adalah lulus dan mengikut spesifikasi yang diperlukan. Bila dah lulus, maka bermula lah kerja menuang kontrik yang kadang kalanya sampai pukul 12 tengah malam. Konkrik yang dihantar ke tapak bina perlulah diuji dengan slump test terlebih dahulu dan pekerja juga perlu membuat beberapa "cube" untuk diuji bagi tempoh 7 hari dan 28 hari nanti. 


Gambar kerja-kerja menuang dan meratakan konkrit di ambil dari level 2


Keesokannya, ini lah hasil konkrik yang telah mengeras dan korang2 boleh berlari atau bekejaran diatasnya. 


Entry seterusnya adalah berkenaan pemasangan column jenis precast.

1 comment:

Unknown said...

Skrg jadi bos la eh.