Something is best to remain secret.


Followers

Friday, July 29, 2011

Day 55 - Internship

Hampir 2 bulan berpraktikal di Tapak Projek Blok Rawatan Harian, maka tibalah giliran aku untuk berkerja syif malam. bertugas sebagai penjaga konkrit dengan memastikan konkrit yang tiba di tapak bina berkeadaan elok melalui ujian slump. 




Kerja syif malam x byk beza dengan berkerja di siang hari. cuma, kalau sape2 yang buat syif mlm atau dengan nama saintifiknya, OverTime (OT) akan dibayar gaji lebih berdasarkan jumlah jam. Selain itu, cuaca sejuk dan kurang kesesakan di jalan raya. 


Malam tue, sebanyak 14.6 meter padu konkrit telah di tempah. Kerja menuang konkrit bermula seawal 4 petang selepas "inspection" dilakukan oleh konsultan. Tempoh antara satu lori lebih kurang setengah jam, tetapi bergantung kepada keadaan traffik.  Lagi bagus kalu ade polis escort. 


Malam tue, sebanyak 2 crane digunakan, Mobile dan Tower.. Tower crane digunakan untuk menghantar konkrit ke tempat yang tidak boleh dicapai oleh mobile crane. 


Kebetulan malam tue, stadium kat sebelah tapak bina aku nih agak cerah sebab ade match antara kelab bola kat kelantan nih. Salah seorang pemain merupakan pekerja di tapak ini. 


Hampir 6 jam aku menjaga konkrit sehingga jam 10.30 malam. Kalau dibayar OT nih, konpem aku dah belanja korang makan ikan bakar.. haha.. Anyway, aku dah ada satu pengalaman bekerja malam. dah rasa mcm mane balik rumah tengah malam dan memandu hampir sejam.

No comments: