Something is best to remain secret.


Followers

Sunday, November 27, 2011

Family Day PERKASA 2011

Penulis berasa sangat keletihan dari semalam sehinggalah ke saat menulis blog ini kerana penulis baru sahaja mengikuti satu program tahunan oleh persatuan fakulti, namanya PERKASA yang telah memberi kepercayaan tulus dan murni kepada beberapa orang pelajar untuk menganjurkan progam Hari Keluarga Perkasa 2011.

Adakah aktiviti-aktivitinya yang membuatkan penulis sangat keletihan atau adakah makannya terlalu kenyang sampai sesak nafas. Mari kita ikuti laporan dari seorang pelajar senior yang juga pernah menjadi AJK PERKASA sebelumnya.  



Pertamanya, para peserta dikata perlu berkumpul sebelum jam 7 pagi tetapi waktu bertolak sebenar adalah jam 8.30 pagi yakni ralat sejam lebih. Penulis tak tahu apa masalah yang menyebabkan penundaan waktu disebabkan kitorang terpaksa menunggu dalam keadaan mengantuk. Walhah, belum pernah lagi aktiviti anjuran PERKASA sebelum ini berlakunya kelewatan sedemikian. Pagi itu, penulis agak bernasib baik kerana dapat menaiki bas rasmi UMP sementara rakan yang lain perlu menaiki bas sekolah yang berwarna oren. Dimana penulis mendengar rungutan mereka berasa sesak nafas kerana bas tersebut tiada sistem pengudaraan yang baik dan panas. Manakala penulis turut menerima rungutan marah oleh pemandu bas UMP kerana kelewatan bertolak bukan pada masa yang telah dijanjikan. 


Setibanya kami disana lebih kurang jam 9.15 pagi di Pantai Cherating, penulis dan rakan perlu menunggu sekali lagi bagi mereka memasang alat-alatan seperti speaker, mic dan beberapa perkara lain. 


Penulis menjangkakan aktivit pertama mungkin dalam bentuk larian, lompatan, balingan atau tendangan. Tapi tak sangka dan sungguh tak disangka aktiviti pertama kami adalah aktiviti menguji minda. Di UMP pun buat assignment pening berfikir, datang family day pun kena pening-pening berfikir juga ye. 

Kami sekumpulan di minta untuk membuat baju yang paling buruk menggunakan beg plastik sampah hitam. Penulis agak kebingunan sekejap, adakah penulis sebenarnya berada dalam program Kem Jati Diri, Kem Mendidik Pemimpin atau Kem Transformasi Pelajar. Tak ape, penulis harapkan aktiviti seterusnya penulis nak main tarik tali, atau baling belon air, atau cari gula dalam tepung. Mungkin ianya permainan kuno dan sentiasa sangat dilakukan. Tapi, penulis rasa ianya sangat manis jika dilakukan semula bersama teman-teman di Universiti. Same game, but different player. 


Tetapi hampa, kerana penulis dan rakan-rakan perlu beratur. Mungkin nak dengar ceramah daripada  guru besar atau guru motivasi kot. Permainan seterusnya, permainan "Suara Arkitek" (betul ke nama nye) dimana peserta paling hadapan perlu membaca satu simpulan bahasa dan melukiskannya di atas kertas selama 10 saat sahaja. Kemudian, peserta belakang juga perlu melukis semula juga dalam masa 10 saat. Sehinggalah orang yang dibelakang sekali akan meneka apakah peribahasa berdasarkan gambar yang diterima. Ternyata  peserta perlu memerah otak mengimbau kembali ilmu yang diperlajari semasa sekolah menengah. Malangnya tiada subjek bahasa melayu diajar di Univesiti kita ya kawan-kawan.


Aktiviti ketiga untuk pagi ini, setiap kumpulan perlu menghantar seorang wakil untuk membida sebatang bendera. Bendera ini berfungsi sebagai markah kepada setiap kumpulan, kumpulan yang paling banyak memiliki bendera akan mendapat tempat pertama. Tak hairan lah aktiviti ini, peserta sanggup disakiti dengan jumlah bidaan yang tinggi untuk memenangi sebatang bendera. Contohnya kumpulan A memenangi jumlah bidaan 10, maka si pulan akan dipukul mengunakan kayu sebanyak sepuluh kali. Yang paling dikesali, ketika itu tiada kelihatan kotak kecemasan sekiranya berlaku luka berdarah. Entah ada atau tidak.


Selesai aktiviti ketiga maka tamatlah aktiviti untuk pagi itu. Ketika itu jam baru menunjukkan pukul 11.30 pagi dan pelajar diminta berkumpul kembali jam 2.30 petang. Maka terpinga-pinga lah peserta lain melakukan aktiviti sendiri dalam keadaan lapar kerana pagi itu peserta hanya dibekalkan roti dan air mineral. Nak makan pagi, cafe pon belum bukak kan. Nasib baik berhampiran situ ada pakcik dan makcik menjual keropok lekor dan air kelapa. 

Berlainan dengan aktiviti family day yang lepas, pelajar yang diberi masa berehat sejam sahaja membuktikan aktiviti family day dulu padat dan berisi. 


Waktu zohor, kami berjemaah di surau berdekatan dan disebakan jarak masa yang panjang kami mengambil peluang untuk tidur disebabkan terlalu BORING bukan sebab letih.


Pada jam 2 petang, kami diberi hidangan tengahari. Alhamdulillah makanan tidak lah menghampakan. Kami berasa kenyang dan bersedia untuk aktiviti yang lebih lasak. Tapi, ermmm.. penulis pula berasa seperti berada di Kem Asas Pengakap kerana setiap kumpulan diberi sebatang arang padu dan sekotak mancis. Tujuannya setiap kumpulan hanya perlu menghidupkan baranya dan 3 kumpulan yang paling cepat akan memenangi that stupid bendera. 

Waktu yang sama, beberapa ahli peserta diminta untuk melakukan aktiviti seperti mengumpul air pantai ke dalam botol tanpa menggunakan bantuan alatan, berlari paling pantas dan pusing badan sebanyak yang boleh. Terkilannya aktiviti ini diadakan serentak dengan aktiviti menghidupkan bara. 


Aktiviti terakhir petang itu ialah perlawanan ducth ball antara kumpulan. Bagi yang belum tahu macam mana permainan dutch ball ini boleh search dekat youtube. Mungkin ini antara aktiviti yang menarik dalam banyak-banyak aktiviti. Tapi ketika itu keboringan kami mengatasi segala-segalanya. Apa yang difikirkan ialah kami ingin pulang dan baring di atas katil. What a waste of time.


Tamatnya aktiviti petang itu, AJK mula membakar ayam menggunakan arang yang dihidupkan tadi dan kami diberi melakukan aktiviti bebas sekali lagi.


Penulis dan rakan-rakan mengisi waktu ini dengan melakukan aktiviti bermain ombak. Semalam merupakan bulan baru dan air dalam keadaan pasang besar menyebabkan ombak agak mengganas. Penulis dan rakan-rakan bersusah payah mengharungi badai ombak untuk ke laut yang dalam sedikit. Dan aktiviti inilah sebenarnya yang menyebabkan penulis keletihan sehingga sekarang, bukan sebab aktiviti family-day itu. The most enjoyable activity of the day arranged by our self. 

Malamnya pula kami menanti untuk menikmati ayam yang dipanggang tadi sesungguhnya penulis kelaparan membadai ombak. Kemudian penulis mendengar pengumuman dari juruacara untuk menghantar wakil mengambil makanan. Sah, ini sudah macam program Kem Motivasi Tahunan. Makan pun kena ikut group jugak ke? Tapi tak per, janji dapat makan kan. lagipun kitorg dah bayar. 

Bila bukak polystyrene yang diedarkan, penulis sekali lagi hampa kerana peserta hanya dibekalkan dua ketul ayam panggang (satu besar, satu kecil) dan dua batang hotdog. Penulis ingat ada lah juga makanan sampingan seperti mee atau nasi goreng. tapi.. ermmm.. Mungkin bajet tak cukup kot. Tak pelah. Nanti dengar pula rintihan dari AJK kata kami tidak bersyukur. 

Sebelum pulang, seperti kebiasaannya tibalah majlis penyampaian hadiah. ya, dia menang, kami kalah. AAK!! Tapi ada lagi kejutan yang diumumkan pihak penganjur. Katanya dalam setiap group adalah seorang yang digelar X-men. Dia nih fungsinya perlu menggagalkan group sendiri. Eh, apa nih? Macam Kem Asas Penyiasat la pulak. Lebih membanggakan, X-men terbaik akan memenangi hadiah tunai RM50. WTF, i thought the budjet tak cukup ke hape.. RM50 tu boleh beli 4 ekor ayam kot. 


Akhirnya jam 9.30 malam kami pulang tanpa memori yang indah kecuali mandi pantai bersama rakan-rakan. Harapan kami, dimasa hadapan tidak berlaku lagi perkara yang serupa. Kami mungkin tidak lagi bersama anda kerana ini tahun akhir bagi kami. Tapi please, tolong lah jangan terpengaruh dengan cerita Running Man. It's korean culture, not us. We don't play Korean, we play Malay because we are awesome Malay. 

Belum masuk bab baju dengan nama group lagi tue. 

5 comments:

fie_na said...

KOMEN Y MATANG. TAHNIAH =)

EirA said...

OOo..kirenya game diorng neh berkonsepkan "Lelaki Berlari" ey??huhu..untunglaa aku tak pegi..haha ;p

sitinuraffizza said...

wow! banyaknya komen senior ni. HAHA. semuanya padat & tepat. aktiviti bebas adalah aktiviti plg best!

Syazwan Nizam said...

EVENT KENA KOMEN ITU PERKARA BIASA, AJK SEPATUTNYA AMBIL NI N BINCANG MASA POSMOTEM UNTUK PEMBAIKAN. BE PROFESSIONAL AND POSITIVE. DAN HARUS BELAJAR TERIMA KRITIKAN. WALAUPUN MMG SUSAH NAK PUASKAN HATI SEMUA ORG TAPI BERUSAHALAH MEMUASKAN HATI MAJORITI ORG YG HADIR EVENT KAMU... KALAU SEMUANYA TAK PUAS HATI, THAT'S MEAN MMG ADA SOMETHING WRONG LAH. PEACE.

Meor89 said...

thanks syazwan :)