Something is best to remain secret.


Followers

Sunday, December 4, 2011

Kahwin bukan hanya kahwin

Saya rasa tidak terlalu awal untuk menghujahi satu blog yang berkaitan tentang alam perkahwinan memandangkan umur penulis sudah pun mencecah 22 tahun lebih. Mungkin hanya beberapa tahun lagi penulis akan melangkah ke satu alam yang lebih luas dan bertanggungjawab. 

Sesungguhnya penulis tidak layak untuk berkata tentang alam perkahwinan kerana semua itu belum pernah lagi dirasai. Penulis cuma ingin sentuh tentang umur manakah yang paling sesuai untuk berkahwin berdasarkan kerjaya, kesihatan dan perancangan. 





Berkahwin bukan sahaja satu tempoh kita bersama dengan orang yang kita cintai, tapi memerlukan waktu permulaan yang sesuai bergantung kepada ciri-ciri kita di masa yang akan datang. Mari kita buat sedikit pengiraan asas tanpa menggunakan kaedah "Critical Path Method" ataupun "S-curve". Antara pemalar yang dipertimbangkan;


  • Pasangan akan melahirkan anak setahun selepas kahwin.
  • Anak pertama adalah lelaki
  • Pasangan merancang untuk mempunyai anak seramai 5 orang (intermediate)
  • Si suami akan bersara pada umur 50 tahun berdasarkan tenaga yang mungkin tidak upaya lagi
  • Tiada gaji pencen (Bekerja di sektor swasta)
  • Hanya bergantung pada gaji semata-mata, tiada perniagaan sampingan.

Sekiranya si lelaki berkahwin pada umur 25 tahun, maka dia akan menjadi papa pada umur 26 tahun. Kemudian dia akan bekerja sehinggalah umurnya mencecah 50 tahun dan anak lelakinya ketika itu sudah berumur 24 tahun. Yakni sudah bekerja dan mempunyai gaji. Kalau si lelaki tadi tiada gaji pencen untuk menyara keluarga, mungkin anaknya dapat memberi sedikit wang saku untuk menampung keluarga mereka. Tetapi sekira sebaliknya, anak lelakinya tidak mempunyai pendidikan yang tinggi, maka keluarga itu mungkin sedikit sesak dihujung usia. Tambahan lagi mereka mempunyai 4 orang anak lagi yang perlu disara. 

Bagaimana pula bagi mereka yang berkahwin bukan pada umur 25 tahun? contohnya pada usia 30 tahun, mungkin pada umur 31 tahun baru mempunyai anak, malangnya bukan anak lelaki tapi anak pertama adalah perempuan. Maka terpaksa melakukannya sekali lagi dengan harapan mendapat anak lelaki pada umur 32 tahun. Kalau berhasil, maka anak lelaki tersebut akan berumur 18 tahun dan baru sahaja berada di tahun pertama universiti. Adakah dengan duit pencen sahaja kita mampu menampung mereka sepanjang berada di universiti? 

Jadi, itulah yang saya cuba sampaikan, berkahwin bukan hanya kahwin. ianya memerlukan perancangan seperti kita merancang untuk membina rumah. Saya tahu ramai yang sedar akan hal ini, tapi ada juga di kalangan kita tidak sedar akan kepentingan merancang dan sengaja memperlengahkan. 

No comments: