Something is best to remain secret.


Followers

Wednesday, April 11, 2012

Appreciation of Nature in Perhentian Island Part 1

Idea nak ke pulau nih sebenarnya dah lama dicadangkn,  cuma semangat dgn tak je. Tapi sebulan sebelum nk g baru lah masing2 nk serius. Kitorg seramai 14 orang bersepakat sama2, ada yang jadi AJK pengangkutan, makanan, aktiviti dan sebagainya. Aku tergolong dlm AJK Pengangkutan sbbnya Jeti nk ke pulau perhentian nih dekat je ngan kampung aku lebih kurang 20 kilometer.



Sebab masing2 xde first experience nk ke pulau nih, jadi kitorg main hentam je agent2 mana dan mintak dgn dia nk pakej yg paling murah. Ketua program ke pulau nih, selaku abang senyap kita telah ke Jeti utk mengusha pakej2 yg ok dan murah. Usha punya usha, jumpa lah satu agent nih bg pakej RM180 per person termasuk transport pergi balik dari jeti ke pulau, penginapan 3 hari 2 malam di Sunrise Guest House dan snorkeling trip ke 5 point. Makanan tak termasuk sbb kitorg bercadang utk bwk makanan sendiri dan masak kat sana.


Secara detailnya, perjalanan bermula pada hari rabu (4 April) dari Universiti Malaysia Pahang sebanyak 2 buah kereta (10 Orang). aku just tunggu kat rumah sbbnya time tue mmg tgh cuti sem, hari jumaat lagi aku dh balik. Diorang sampai kat rumah aku lebih kurang jam 3 petang setelah melalui Kuala Terengganu. FYI, kampung aku terletak di Pasir Puteh, Kelantan. 

Sebab masa ptg tue panjang lagi, lepas asar lebih kurang kol 5, aku bawak lah geng2 aku nih pi mandi kat tempat air terjun di Jeram Pasu lebih kurang 10 km dari rumah aku. Ade yang ambik kesempatan nk praktis berenang sblom ke pulau. bak kata diorg, Pra-Island program. Lepas smua dah berpuas hati dgn gaya renangan diorg, kitorg main plak gelongsor. Part nih sebenarnya paling best sbbnya masing2 nk tunjuk cara tersendiri mcm mne nk bergelonsor. 

Lebih kurang 2 jam mandi kat JP tue, masing2 pon dah basah sepenuhnya baru lah kitorg balik. Time malam plak, pukul 9 kitorg keluar ke supermarket utk mencari makanan yg hendak di masak kat pulau nanti. Bajet sorang2 utk makanan just rm15. Kitorg beli 22 tin sardin tak silap, 8 roti, maggi dan sebagainya lah. Semua nya just barangan kering sbb tak de peti kat sana nk bwk benda basah dan fresh nih.

Malam tue, seblum tidur. masing2 packing buat kali terakhir dan makanan yg kitorg beli tadi kitorg bagi sket sorang jadi xde lah nampak sgt kitorg nih byk bwk makanan. Awal-awal lagi kitorg dah pesan suh pakai beg besar.

Keesokkan harinya, selepas breakfast per semua. Lebih kurang jam 8.00 pagi kitorang pun bertolak lah ke Jeti Kuala Besut. Tapi sblom tue berhenti beli ikan bilis dgn bawang sbb smlm xde kat supermarket. Lebih kurang 35 minit maka tiba lah kitorg je Jeti Kuala Besut tue. Masa sampai tue, terus je ade abang bermotor escort kitorg. Tujuan dia sebenarnya nak kita parking kat kawasan dia. Kalu nk parking tepi bangunan situ mmg xleh nt belah malam akan ade org yg akan dtg saman. Lepas letak barang pe smua, baru kitorg g parking dan dikenakan bayaran rm7 per day. sbbnya kitorg nk pergi 3 hari kena lah rm21. Be prepared lah sape  yg nk g sana bawak keta. Kalau sape yg dok jauh2 tue, baik dtg dgn bas jelah. Xdelah penat sangat kan.



Seterusnya tiket kitorang utk menaiki bot adalah tepat jam 10 pagi. Sambil nunggu tue pon kitorg dh start usha minah salleh yg ade kat jeti tue yg jgk nk ke pulau jgk agaknya. Sebelum naik bot tue semua pengunjung ke pulau perhentian perlu membayar duit pemerliharaan alam sekitar sbyk rm5 seorang.


Bila smua dh naik bot perasaan excited tue semakin menjadi2. Mana tak nye, aku sendiri pon first time nk ke Pulau nih selain Pulau Langkawi. Alhamdulillah cuaca pagi tue cerah dan sejuk, jadi air laut tak lah terlalu bergelora. Kalau tak sape yg jenis mabuk laut confirm muntah. Perjalanan mengambil masa selama 30 minit sahaja sbb bot yg kitorg naik tue jenis laju. Harga tiket plak RM35 per way. tapi korang wajib beli tiket two-way sebelum ke pulau sbbnya kat sana xde kaunter tiket.


Masa hampir sampai ke Long beach di Pulau Perhentian Kecil, first sekali aku amat teruju dgn kejernihan air. Seblum nih tengok dalam tv je air biru kan. Tapi sekarang dpt jgk tengok dgn mata kasar dan boleh berendam2 lagi. Kalau nk cari air pantai yg jernih kat semenanjung mmg tak dpt laa.



Satu perkara yg korang perlu tahu masa nk sampai ke pantai yg korang akan tinggal tue, setiap pantai akan ada jeti tersendiri tapi bot-man tak akan hantar korang ke situ. Nanti akan ade bot-bot kecil yg akan dtg kat korang dan korang sememangnya terpaksa naik utk ke pantai. Kalau tak, xkn lah korang nk berenang dgn beg2 korang. Walaupun jarak antara tempat bot berhenti dan pantai lebih kurang 200m, korang akan dikenakan bayaran rm2 per person. bot nih kira mcm teksi lah. Bila rasa terpaksa naik dan terpaksa bayar nih, rasa mcm bodoh lah pulak, padahal jeti ade, dan bot yg htr kitorg tue bkn lah besar mcm bot nelayan. Bleh je nk berhenti tenpi pantai. So, yg akan pergi tue, be prepared jelah.


Sampai ke kat pantai tue, first sekali kitorg nk check in kat Sunrise Guest House. Luckly utk kitorg, tempat tinggal kitorg nih mmg btol2 tepi pantai. Sepatutnya kitorg check in pukul 2 ptg tapi sbb pagi tue kitorg smpai kol 10 pg, dn bilik yg kitorg booking tue mmg dh kosong. so, owner guest house tue bg je kitorg masuk. tak perlu nk lepak mne2 dulu.

Lepas smua dah unpacking barang bersama perasaan tak sabor nk feel yg sejernih kristal nih. kitorg pon ke pantai lah walaupun time tue matahari btol2 atas kepala. Air die tak lah masin sgt, mcm air pantai biasa. Masa menyelam tue, rasa mcm mandi dlm kolam renang je. seluas mata memandang. nk skodeng minah salleh sebelah sana pon buleh.




Salah sorg member aku ade bwk kamera yg bleh tangkap dlm air, so hari tue kitorg paktis mcm mne nk bergambar dlm air sbb esoknya nk g snorkeling. ingat nak lah bergambor ngan ikan pe smua kan. Sebelum bertolak kat jeti tadi, kitorg punya agent ade bagitau masa snorkeling kitorg besok jam 10 pagi. So, hari nih xde pape aktiviti menarik melainkn mandi, mandi dan mandi.







Bila semua dah macam penat, lebih kurang 2 jam berendam dlm air neh, so masing2 pon balik bilik dgn naluri kelaparan. Apa lagi, chef2 terhebat kita pon main lah peranan mereka dgn menunjuk skill2 yg hebat memasak nasik lauk ikan sardin. :D . walaupun nampak simple tapi kitorg makan mmg tersangat sgt lazat. mungkin sbb mind set kitorg akan mkn sardin, roti dn maggi je kat sana. tambahan lagi kitorg mmg btol2 lapar. so tak kisah lah korang bg mkn ape. kitorg ngap je. aummm..

Petang tue ade yg ambik kesempatan utk berehat, mana tak nya semalam diorg bukannye tidur awal. sanggup berjaga nk tengok bola. tuan rumah awal2 lagi dh tidur sbb semangat gler nk pergi nih. Bg mereka yg tak tidor petang ape lagi buat lah aktiviti kelakian yg tidak boleh diceritakan disini. :P


Petang lepas waktu asar, kitorg ke Jeti saje nk tengok permandangan. Rupa-rupanya byk ikan kat jeti nih, berwarna warni dan berbelang-belang. Apa lagi, terjun terus lah buat acara pra-snorkeling. Ikan kat pulau nih secara automatic akan dtg kat korang sbb dia igt korang nk bg mkn kat die. Biasanya pelancong kat situ bg mkn roti. dan ikan tue akan mkn mcm piranha mkn kaki korang.

Waktu mlm kat pulau mmg sangat berbeza dkt tempat kita. Lepas jam 10 malam, bila smua pelancong dh mkn mlm. diorg tak terus balik ke bilik tapi ke bar-bar yg terletak tepi pantai berkonsepkan terbuka. So, walaupun korang jln2 tepi pantai korang dh bleh tengok mat salleh berjoget, minum2 dan sebagainya.

Semua orang tahu harga barang kat pulau akan naik sekali ganda berbanding kat tanah semenanjung nih, tapi ade satu produk nih harga sama dn mungkin lagi murah iaitu shisha. kat sana korang bleh ambik balang besar just rm25.  so, ada di kalangan kitorg nih yg mmg addict dgn benda nih tempah lah satu dn duduk lah tepi pantai sambil bercerita. yg tak menghisap nya just borak2 sambil main terup.

Sambil lepak situ korang leh jgk tgk mat salleh joget2, muzik pon bleh tahan kuat jgk. lebih kurang kol 1 pagi masing2 pon balik lah ke bilik..

To be continued. 


2 comments:

Pisey said...

Email aku nombor agent pliss! Haha. Plan of going this cuti sekolah yang dekat ni.

akupiseydanzays@gmail.com

Unknown said...

nt ak email. sbb member aku yg deal pe semua..hehe