Something is best to remain secret.


Followers

Friday, January 8, 2010

Allah loves us

Kenapa kadang kala kita kecewa dalam sesuatu? Kenapa mereka2 penuh dengan ragam dan perangai? Kenapa ada kalanya kita keliru dalam sesuatu perkara. .. Jawapannya, ini lah petunjuk buat kita selaku pelakon sementara di muka bumi ini.

Jika kita kecewa, Tuhan ingin mengajar kita berusaha.
Jika kita bersedih, Tuhan ingin kita sedar siapa kita.
Jika kita geram, Tuhan ingin mengajar kita bersabar.
Jika kita marah, Tuhan ingin mengajar kita menyesal.
Jika kita takut, Tuhan ingin mengajar kita menjadi berani.
Jika kita gembira, Tuhan ingin mengajar kita bersyukur.
Jika kita berasa bersalah, Tuhan ingin mengajar kita bertaubat.

Ini adalah sedikit perumpaan yg boleh kita ungkapkan secara kasar. Tak bermakna ayat2 di-atas perlu mematuhi huraiannya, tapi mungkin ayat itu boleh dijadikan sebagai pembuka minda pembaca bahawa Tuhan sendiri memberi kita petunjuk dengan disedari atau tidak disedari. Sebagai contoh, jika seseorang menyakitkan hati kita, tak bermakna kita perlu marah atau berdendam. Kita seharusnya bersabar dan jadikan pengajaran di masa hadapan, kerana hari kita semakin mencabar dek hari.

1 comment:

fie_na said...

ujian yg diberikan tu tnda nya ALLAh syg kta..stiap ujian yg diberikan tu, ALLAH tau kte mampu m'hadapinya..sila betulkn ayt nih klu slh..hehe~