Something is best to remain secret.


Followers

Friday, November 9, 2012

Journey To The Malaysia South

Salam sejahtera dari saya di Johor Bahru buat pembaca yang setia menunggu entry terbaru. Alhamdulillah sekarang genap lah saya sebulan bekerja di negeri orang jauh dari keluarga, kawan, dan soon to be. Jadi, mari kita imbas detik-detik antara saat menganggur dan bekerja.



 Perjalanan bermula pada 30 September 2012 dari kampung halaman, Pasir Puteh Kelantan menaiki kereta bapaku yang diberi pinjam. Mulanya hajat nak pakai motor je, tapi biasalah orang tua tak bape suka anaknya naik motor tambahan lagi nk ulang alik gi kerja. risiko tinggi katanya.


Perjalanan ku menuju ke Cheras, Kuala Lumpur untuk melapor diri di syarikat Sejati Konkrit Sdn Bhd sebagai "Factory Engineer" yang akan ditempatkan di Senai, Johor. Biasanya orang kelantan nak ke Kuala Lumpur lalu ikot Gua Musang tapi atas nasihat ibu dan ayah maka aku memilih jalan jauh melalui Kuala Berang, Jabor dan terus ke Kuala Lumpur mengikot lebuhraya LPT. 



Malam sebelum melapor diri aku menumpang tidur di rumah makcik di Taman Pelangi Semenyih lebih kurang 25km dari Cheras. 



Hari lapor diri pon pakai smart jugak macam g interview. Tak pakai tie pon sebab org construction mne pakai smart2. Dalam pukul 10 pagi (1 Oktober 2012) aku berjumpa dengan Managing Director untuk menandatangani Appointment Letter serta berbincang mengenai beberapa perkara perihal kerja. 




Dan keesokkannya aku bertolak dari Semenyih ke Senai lebih kurang jam 7 pagi dan tiba jam 12.00 tgh hari. Biasalah orang muda berjiwa orang tua memang bawak keta slow je. Tempat pertama yang aku jejak adalah MCD airport senai sebab nak makan dulu then solat zohor dekat masjid senai sebelah mcD tue je. 


 After selesai solat zohor aku terus menuju ke Casting Yard, Senai dan berjaya mengambil beberapa keping gambar sambil memandu sebelum sampai ke Casting Yard yang terletak di jalan seelong.





Jeng Jeng Jeng.. maka sampai lah saya di satu tempat yang akan aku timba pengalaman baru atau pengalaman pertama memandangkan aku seseorang budak lulusan universiti yang masih mentah. 


First impression bila masuk kawasan casting yard nih agak hampa jugak bila nampak anjing-anjing memandangkan kita orang muslim. But it's okay, mungkin ini cabaran pertama yang perlu dihadapi.  


Bila sebulan bekerja di Senai nih, antara benda yang paling aku suka adalah pekerja-pekerja nya yang sangat peramah, berpengalaman dan suka berkongsi ilmu. Ini lah yang sepatutnya kita cari sebagai seorang fresh graduate. 


Cabaran seterusnya yang aku perlu aku hadapi adalah untuk mencari tempat tinggal. Bila kita bkerja jauh dari rumah pasti ini lah cabaran yang patut kita fikirkan. Dan aku sangat bernasib baik ada lah jugak kawan yang kebetulan merantau seperti aku dan sanggup berkongsi tempat tinggal bersama. Lokasinya terletak di Pangsapuri Sri Orkid, Ulu Tiram dan jarang antara kilang lebih kurang 25km.


Walaupun orang kata johor dah maju, penduduk pula makin meningkat tapi keadaan trafik masih lagi terkawal orang kata. 






Malas nak hurai panjang just tengok gambar jelah pulak yer...





Nama nya Phyo Wai orang Myanmar datang dari jauh semata-mata nk bukak mould concrete.





Nih abang Rudy, nampak je macam ada anak 7 orang tapi still bergiat aktif mengawek.. 



Yang berbaju hijau tu lah Factory Engineer yang nk tukar kerja tempat lain. Banyak ilmu yang aku dapat dari dia. 


Antara testing yang dipelajari yang tak diajar time Universiti dulu.


Quality Manual yang wajib dibaca bagi orang baru macam saya.


Helmi si Technician yg teliti.

Nanti post yang akan datang berunsurkan pengalaman sebagai Engineer dalam bentuk "lazy typing"


No comments: